
Baru-baru ini Alif Consultant telah menziarahi RISEAP (Regional Islamic Da'wah Council Of Southeast Asia And The Pacific) di pejabat mereka di bangunan PERKIM. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan RISEAP dalam usaha dakwah yang telah dilaksanakan oleh mereka.(untuk mengenali RISEAP sila lawati http://ver1-2009.riseap.org).
Dalam pertemuan ini kami berkesempatan bertemu Hj. Syafiq Ong Abdullah. Beliau telah menjelaskan bagaimana peranan yang telah dilaksanakan oleh mereka dalam melatih umat Islam dari Vietnam,Kemboja,China,Taiwan,Hong Kong dan pelbagai negara lagi dalam urusan Fardu Ain dan Fardu kifayah.
Mereka dibantu oleh tenaga pensyarah dari universiti tempatan menyediakan kursus jangka pendek seperti persediaan menjadi Imam, pengurusan jenazah dan seumpamanya. Kebiasaanya kursus ini dijalankan di bangunan PERKIM.
Kami pula berkongsi pengalaman dengan Hj. Syafiq tentang aktiviti sosial yang dilakukan oleh Alif Consultant. Beliau agak terpegun kerana mengetahui aktiviti Alif Consultant merentasi sempadan desa, kota mahupun negara. Katanya usaha yang dijalankan oleh Alif Consultant bukannya mudah dan memerlukan suatu komitment tenaga,masa dan kewangan. Apatah lagi bila mana beliau mengetahui Alif Consultant bergerak melaksanakan aktiviti yang ramainya terdiri dari kalangan profesional muslim.
Pertemuan kami dengan beliau telah menghubungkan kami dengan Ustaz Abdul Rahman Ibrahim seorang warganegara Vietnam. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang telah dilatih oleh RISEAP dan sekarang melaksanakan tugas sebagai tenaga pengajar di Ho Chin Mint City. Alhamdulillah belaiu juga akan membantu menguruskan aktiviti kami di Ho Chin Mint City pada 3hb-5hb Julai 2009 nanti Insya Allah.
Justeru itu bagi sesiapa yang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada umat Islam Vietnam bolehlah berhubung dengan kami atau memasukkan sumbangan ke akaun Maybank seperti tertera di web. Kami akan teruskan misi membantu dan merapatkan silaturahim dikalangan umat Islam. Pengalaman kami akan dikongsi bersama anda Insya Allah.
Usaha yang mulia perlu kepada cita-cita yang luhur.
Wassalam






0 comments:
Post a Comment