Alif Consultant bersama mahasiswa mengendalikan kem remaja untuk anak-anak berumur 10-15 tahun di Masjid Kota Damansara baru-baru ini. Sekitar 30 orang telah hadir untuk program selama 1 1/2 hari. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia City Campus dengan kerjasama Masjid Kota Damansara.
"Nampak macam mudah nak buat program dengan melibatkan masyarakat luar tapi tak semudah itu rupanya" kata salah seorang jawatankuasa dan fasilitator.
"Hah, bila kamu dah buat program dengan masyarakat luar baru tahu susah senangnya", kata saya kepada dia.
"Mungkin kamu sebelum ini biasa buat program dalam kampus nampak macam mudah tapi bila keluar ke medan sebenar baru tahu penat lelahnya" saya menambah lagi.
Program ini sebenarnya adalah sumbangan tenaga dari mahasiswa/i kepada masyarakat dan khususnya remaja. Walaupun hasrat mereka mulia dan cuba untuk melaksanakan program sebaik mungkin, hakikatnya ianya tidak semudah yang dijangkakan.
Ada asam garam yang perlu dilalui oleh mereka.
Yang pahit itu tak semestinya diluahkan...
Yang manis pula tak semestinya ditelan...
Walau apapun pengalaman itu yang menjadi guru terbaik untuk kita. Jangan putus asa dalam menabur bakti kepada masyarakat.
Ingatlah semuanya pasti ada ganjaran baik disisi Allah.
Saya pula jenuh juga bersoal jawab dengan "remaja bandar". Satu soalan ditanya 10 dijawabnya..
Hah yang menarik lagi tanya seorang 20orang orang pula tukang jawabnya...
Sabar je la.. nak buat camna "remaja bandar" tak sama dengan "remaja kampung".
Seperti biasa, kami Alif Consultant sentiasa menanam semangat untuk terus menabur bakti........
Wassalam..






0 comments:
Post a Comment