Monday, May 4, 2009

24 Jam




Setiap manusia mendapat keadilan dari Pencipta, memiliki masa yang sama iaitu 24 jam. Tidak kira di bumi mana yang dipijak, masa yang diperuntukkan tetap sama jua. Warna kulit, keturunan, bangsa, miskin, kaya, muda, tua, janda, duda, yatim dan sebagainya semuanya mendapat hak yang sama iaitu 24 jam. Adilnya Pencipta tidak dapat disanggah oleh sesiapa.

Masa ini bermula dengan detik saat ke minit kemudian minit ke jam berikutnya sehinggalah lengkap pusingannya iaitu 24 jam. Hari baru menjelang dikira setelah lengkap pusingan ini. Semuanya terima keputusan ini tanpa dibantah, betulkan?

Masa 24 jam mula mengubah hari......

Lengkap pusingannya, hari baru menjelang dari Ahad ke Isnin kemudian Selasa seterusnya beredar sehingga bertemu kembali hari Ahad yang baru.

Kemudian masa 24 jam mengubah hari menjadi minggu...

Hari dikira sampai 7 sahaja, kemudian lahir nama baru yang dinamakan Minggu.

Kebiasaanyan minggu ada 4 atau 5 kali sahaja. Kebanyakannya ada 4 minggu kemudian mendapat nama baru pula yang dinamakan Bulan

24 jam mengubah hari menjadi minggu dan menjadi bulan...

Bulan pula ada 12 kali sahaja. Rasanya tak ada pula yang lebih dari 12 bulan. Satu bulan dikira dengan 29 hari atau 30 hari dalam kalendar Islam. Dalam kalendar Masihi pula dikira 30 hari atau 31 hari. Adakalanya dalam satu bulan itu dikira 28 hari dalam kalendar Masihi. Itu pun berlaku 4 tahun sekali.

24 jam mengubah hari menjadi minggu kemudian menjadi bulan dan Tahun

12 bulan dinamakan satu tahun. Satu tahun bersamaan dengan 365 hari.

Apa pentingnya kita mengconggak tempoh masa ini? Bukankah semuanya bermula dengan 24 jam? Apa erti semua ini?

Nilai 24 jam yang pada awalnya kecil akan mengubah hidup kita menjadi beraneka ragam. Apa tidaknya? Cuba kita renung bagaimana 24 jam telah mengubah hidup kita dari sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.

24 jam ini boleh menjadikan nilai hidup kita berharga atau sebaliknya. Adakah kita perhatikan bagaimana 24 jam telah mengubah kita menjadi semakin tua dan lemah. Begitu juga 24 jam telah mejadikan sejarah dalam hidup kita sama ada ianya sejarah yang baik mahupun sebaliknya. Bagaimana pula kita lihat 24 jam telah menghampirkan kita pada kematian dan mulai jauh dari kehidupan di alam maya ini.

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia berlalu tak mungkin dapat dikejar....
ia ditunggu tak mungkin dapat ditambat....

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia bisa membahagiakan hidup mu....
ia bisa memusnahkan hidup mu....

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia mengubah hidup mu....
ia menanti kematian mu....

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia mengira pahala mu....
ia mengira dosa mu....

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia pasti datang kepada mu...
ia pasti pula meninggalkan mu

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia akan menghargai mu.....
ia akan menghina mu....

Saudara-saudaraku jangan dipandang mudah 24 jam
ia menjelma di hadapan mu...........
ia beredar di belakang mu....

Bagaimana 24 jam kita ya.... hari ini? Berlalu meninggalkan kita dalam sejarah baik atau sebaliknya? Esok pula ia kembali bagaimana pula ya..kita nak menghadapinya?

Uruskanlah 24 jam kita jika tidak ia akan berlalu seperti angin yang tidak dapat didakap......

Transform With Knowledge.



.

1 comments:

Pandai juga abg sabir bersajak ya :)

Terima kasih atas peringatan.

Post a Comment