Sunday, June 7, 2009

TAHNIAH MAHASISWA/I



Minggu lepas sekali lagi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur (PMIUTM) menabur bakti menganjurkan satu Kem Remaja di Masjid Pandan Indah Selangor. Program yang berlangsung bermula dari 1hb.Jun hingga 2hb.Jun 2009 ini telah mendapat sambutan yang luar biasa. Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak Masjid Pandan Indah. Manakala Alif Consultant pula terlibat dalam slot-slot ceramah motivasi kepada peserta Kem Remaja ini.

Peserta yang melebihi 170 orang memang bukan mudah untuk dikawal. Apatah lagi peserta terdiri seawal usia 7 tahun hinggalah 17 tahun. Walaupun kem ini asalnya hanya menerima peserta dari umur 13 tahun hingga 17 tahun, tapi bila pihak ibu bapa merayu untuk menghantar juga anak-anak mereka yang lebih muda usianya pihak penganjur rasa bersalah pula untuk menolaknya.

Ini jelas menunjukkan kem seumpama ini perlu sentiasa dianjurkan bagi memenuhi masa cuti sekolah remaja Islam. Yang pasti penglibatan semua pihak yang rasa prihatin dengan pembangunan minda dan jati diri muslim amatlah diperlukan. Kami dari Alif Consultant rasa bangga dengan pengorbanan para mahasiswa/i yang telah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengorbankan masa, tenaga dan cuti semester mereka semata-mata untuk melihat generasi akan datang berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi.

Alif Consultant telah mengisi 3 slot ceramah sepanjang program berlangsung dengan tajuk Anak Soleh, Jatidiri Remaja Muslim dan Remaja Menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua fasilitator PMIUTM diatas keberanian mereka menganjurkan program ini. Harap mereka semua akan terus berusaha melaksanakan program seperti ini di masa yang akan datang.

"KEJAYAAN ITU DIUSAHAKAN BUKAN HANYA DIUNGKAPKAN" .

0 comments:

Post a Comment