Tuesday, April 28, 2009

Mata Terang Mata Hati Kabur




"Cermin mata aku ni kena tambah power la..." keluh sahabat saya.

"Aku tengok tulisan kat papan tanda dah nampak kabur. Lagi pun aku dah lama tak pergi periksa mata. Spek mata ni pun dah lama tak tukar," panjang leterannya pula kali ni.

"Hah, elok lah tu, engkau pi periksa mata kat kedai cermin mata, bahaya nanti pandu kereta tak nampak jalan. Boleh sebabkan kemalangan tak pasal-pasal," saya cadang pada dia.

Sekarang pun ada macam-macam kaedah untuk rawatan dan penjagaan mata dari yang paling murah sampailah yang paling mahal. Terpulanglah pada kita mana satu yang kita nak guna.

Saya sendiri pun dah pakai cermin mata dah masuk 20 tahun. Tapi powernya tak le tinggi sangat. Tapi kalau tak pakai cermin mata mula la tak kenal orang....

Pastilah kita rasa resah dan tak senang duduk kalau nikmat mata yang Allah anugerahkan ini tiba-tiba diuji. Kadang-kadang kena sakit mata pun dah kacau di buatnya..

Inikan pula....kalau nikmat ini ditarik buat selamanya.. tak terbayang rasanya tiba-tiba dunia jadi gelap. Tak dapat bezakan warna, rupa, cahaya, siang, malam dan sebagainya.

Kalau lahir sejak azali tak dapat melihat pasti tak sama sekiranya tiba-tiba tak dapat melihat.

Apa pun kita yang boleh melihat ini patut bersyukur sebanyak-banyaknya. Banyak sungguh nikmat Allah yang kita telah kecapi dengan menggunakan mata yang pastinya kita tidak mampu membayarnya.

Terdapat pelbagai jenis rawatan alternatif untuk mata, kedai-kedai cermin mata, pakar-pakar mata dan lain-lain kaedah bagi merawat mata yang kabur.

Tapi jangan kita lupa mata pancaindera yang kabur kita ambil perhatian dan jagan pula leka Mata Hati yang kabur kita abaikan.

Rawatan mata hati yang kabur perlu lebih penjagaanya.

Mata hati yang kabur tidak kenal Tuhan, tidak kenal dosa pahala, tidak kenal kebaikan, tidak kenal kebenaran, tidak kenal akhirat.

"Oh, kalau begitu susah lagi menjaga mata hati dari jaga mata pancaindera ya?".

Sudah semestinya!

Di utuskan Rasul kepada manusia adalah untuk membentuk & mendidik supaya berjaya dalam memelihara dan merawat mata hatinya. Rawatan kepada mata hati ialah zikir, bacaan Al-Quran, Ilmu pengetahuan, Amal soleh dan seumpamanya. Ia dapat membantu menjernihkan mata hati.

Hebatnya mata hati yang dirawat dapat melihat alam selain dunia...mata hati dapat menyakini alam akhirat..

Rawatan mata hati kosnya sangat rendah tidak semahal rawatan mata pancaindera...

Rawatannya ada dimana-mana....ia berada dalam jiwa manusia...

Cabaran dalam menjaga mata hati tidak kurang juga hebatnya...

Beruntunglah bagi mereka yang mata hatinya terang dan tidak kabur...

Bagi yang kabur segeralah cari penawarnya...

Bagi yang buta mata hati dahsyat pula pembalasannya...

"Ya, Allah peliharalah kami dari termasuk dari kalangan orang-orang yang buta mata hatinya."

Aminnnn
.

0 comments:

Post a Comment