Ramainye student....
Itulah perkataan pertama yang terungkap oleh saya bila sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras Selangor untuk slot ceramah Maulid Rasul.
Saya dimaklumkan oleh pengetua sekolah terdapat sekitar 2700 orang pelajar di situ. Sessi pagi sahaja dalam 1700 orang manakala yang muslim lebih kurang 1200 orang.
Saya disambut dengan paluan kompang dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w oleh para pelajar.
"Cukup teratur dan bersemangat pelajar ni". Ini dah kira bagus kata hati saya.
Tahniah kepada para pelajar saya ucapkan di permulaan ceramah pada pagi itu..
Pagi yang cuaca baru lepas hujan renyai-renyai dan tidak panas sesuai sekali ceramah berlangsung di dataran sekolah yang tidak berbumbung.
Jadi ceramah saya pada pagi ini tak ada presentation power point. Student pun ramai saya nak lontar soalan kuiz pun tak berapa sesuai. Biasanya saya gemar melontar solan kuiz dan beri hadiah pada siapa yang boleh jawab dalam ceramah dengan pelajar. Ianya dapat memupuk semangat kasih dan sayang serta menghargai mereka.
Nak berceramah dengan para pelajar bukan mudah juga sebenarnya. Maklumlah saban hari mereka menerima input dan jarang-jarang berlaku komunikasi 2 hala dalam pembelajaran mereka. Lebih-lebih lagi pelajar di bandar
Apapun hari ini saya kena tukar style ceramah supaya pelajar tak ngantuk dan khayal.
Satu jam ceramah ini saya manfaatkan agar mereka dapat ingat dan kenal kembali siapa Rasulullah s.a.w.
Habis ceramah saya dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pasukan sepanduk sempena Maulidur Rasul.
Saya kagum dengan sekolah ini walaupun pelajarnya ramai tetapi kreativiti para guru dan pelajar jelas kelihatan. Penglibatan pelajar dan guru patutdi beri satu sanjungan kepada mereka.
Tahniah guru-guru!
Jasa sebagai pendidik bukan hanya dikenang manusia bahkan dinilai sebagai amal soleh di sisi Ilahi.
.






11 comments:
Abang sabir patut jadi menteri pelajaran satu hari nanti...
Payah tu Cikgu Arif...kami hanya membuat sedikit sumbangan sahaja....
Memang ramai, moga2 apa yg disampaikan dapat memberi manfaat kepada student. AMIN!
Salam ustaz.....
sy salah seorg guru kat sekolah tu.....:)
terima kasih...sbb memberi pujian kpd anak2 didik pasukan kompang saya hari tu....kembang hati diorg...:). maklum saja, anak2 tu dr kalangan pelajar yg kekurangan dlm bidang akademik....so, bila sesekali dipuji, tambahan pula dr seorg tetamu jemputan spt ustaz....seronok dan semakin bersemangat mereka tu.
sabtu ni, diorg ada pertandingan kompang formasi....doakan kami ustaz...:)
Alhamdulillah... teruskan usaha ya akhi.. "man jadda wajad" Ana teringat suatu kata-kata "People DON'T CARE how much u KNOW , until they KNOW how much u CARE" .... Our contribution and sharing is caring...
macam ceramah PR lak..
mcm ceramah PR yer....hehehhe
mmg students kami ramai.....mungkin tahun depan akan semakin berkurang apabila ada sekolah baru siap....
salam ziarah
Assalamualaikum,
Terima kasih ya ustaz..komen yg diberikan sesungguhnya amat positif sekali...rasa sejuk hati dan terubat lara bila membaca apa yg ustaz nukilkan buat pelajar2 BDP...Sebagai warga pendidik di sini, saya secara peribadi amat menyayangi pelajar-pelajar ini tidak kira apa jua fitrahnya..mereka sesungguhnya istimewa, umpama berlian yang belum dicanai...Semoga doa dari Ustaz dapat melimpahkan barakah yang berpanjangan..Amin.
Salam ustaz...Alhamdulillah, pasukan kompang SMKBDP telah muncul johan pertandingan kompang formasi peringkat daerah semalam. Next month, akan mewakili daerah ke peringkat negeri...
Doakan kami berjaya ustaz.... :)
Tahniah saya rasakan mereka memang selayaknya memenangi pertandingan tersebut. Lagi pun persembahan pada Sambutan Maulid tempoh hari telah terserlah bakat mereka.
Tahniah dari Alif Consultant kepada pelajar dan sekolah.
Post a Comment