Program Motivasi Bersama Penuntut Maahad Tahfiz, Sg Besar
26 Julai 2008 - Destinasi kedua ziarah ukhwah Sahabat Alif selepas mengunjungi PEYAKIN ialah Maahad Tahfiz Wa Ulumuddin Tabuk Haji Yusuf , yang terletak di Sg Besar , Selangor Darul Ehsan. Ketibaan 12 orang Sahabat Alif disambut mesra oleh Mudir Maahad Ust Jemari. Beliau kelihatan begitu gembira dan ceria dengan kehadiran kami .
Slot utama dalam kunjungan ziarah ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Mohamed Sabir Jamaluddin , Pengerusi Alif Consultant. Program ceramah yang bertajuk "Insan Cemerlang" ini, telah disertai oleh 30 orang pelajar Maahad Tahfiz. Pada permulaan sesi ceramah kelihatan pelajar-pelajar keletihan dan mengantuk. Namun, selepas diselitkan dengan sedikit celoteh daripada penceramah , tumpuan pelajar terhadap ceramah yang disampaikan amatlah memberansangkan dan suasana menjadi ceria. Program ziarah berakhir pada 4.50 petang dan Sahabat Alif meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Berikut foto-foto sepanjang perjalanan program;






1 comments:
Bukan sekadar anak-anak yatim dan murid-murid tahfiz mendapat motivasi tetapi yang tersirat disebalik ziarah ini kita sendiri dapat melihat kegigihan dan kecekalan insan -insan tersebut. Bermula daripada penyelia, tenaga sukarela, mudir madrasah dan juga anak yatim. Hasilnya satu motivasi terbit secara mendalam khususnya pada diri saya.
Post a Comment