Alhamdulillah pihak kami telah dapat berhubung dengan Ustaz Halimi Hayat, Pengetua Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim Sekendi Batu 36, 45200 Sabak Bernam Selangor dan Ustaz Jemari, Pengetua Darul Quran Sg. Besar Selangor.
Pihak mereka amat berbesar hati untuk menerima kunjungan kami dalam program ziarah ukhuwah serta memberi motivasi kepada para pelajar di kedua-dua sekolah tersebut.
Tarikh program : 26 Julai 2008
Masa : 7.00 am-10.00pm
Tentatif program adalah seperti berikurt:
7.00am - 10.00am - bertolak dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam
10.00am - 12.30pm - Motivasi dan ramah mesra bersama anak-anak yatim, memberi sumbangan kewangan.
1.00pm - 2.00pm - Menuju ke Darul Quran Sg. Besar
2.00pm - 5.00pm - Motivasi dan ramah mesra bersama pelajar dan muallaf di Darul Quran dan sumbangan kewangan.
6.30pm - 8.00pm - Ziarah Keluarga Sahabat Alif
8.05pm - Bertolak ke Kuala Lumpur.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan kewangan diri sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang ke dua-dua sekolah tersebut.
Segala sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank Alif Consultant no akaun: 562834501246.
Sila emailkan kepada kami di alifconsultant@gmail.com sekiranya pihak tuan/puan telah membuat sumbangan untuk tujuan rekod.
Insya Allah diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.






3 comments:
Pembetulan email , alifconsultant.admin@gmail.com
alifconsultant@gmail.com pun boleh gak Zikr. Ana dah create dulu tapi dua-dua boleh guna. Anta cdg guna yang mana?
erm.. dua-dua bleh guna kot... tp jika nak tetap alifconsultant@gmail.com sebagai yg utama pun tak per.
Post a Comment