Kebiasaanya hari-hari yang dilalui oleh kita sentiasa berubah. Walaupun masa yang sama 24 jam juga.
Yang jelasnya warna pakaian yang berbeza, menu makan yang lain, sembang atau bualan pun tak sama topiknya. Mood pun berubah juga, yang bekerja membilang hari bila nak ketemu hari Jumaat 'the last day for the week' untuk isi masa cuti bersama keluarga atau aktiviti tersendiri. Yang belajar pun lebih kurang juga mungkin tak sabar nak rehat setelah penat berkuliah, belajar dan sebagainya.
Apa pun seperti yang maklum setiap hari kita lalui dalam warna dan corak yang tak sama. Tapi jangan lupa setiap hari itu yang berlalu meninggalkan dunia kebelakang dan menuju ke alam baru yang tak tahu bila 'wisel' penamatnya ditiup.
Hari ini kita sudah melalui separuh dari tahun 2008, sudahkah kita review pencapaian kita sehingga kini?Ha! macam mana?
Kalau belum eloklah kita ambil masa dan buat sedikit review. Soalnya apa yang kita nak review???????????
Mungkin kita boleh mula review apa yang telah kita 'improve' untuk diri sendiri. Cuba kita lihat Ilmu kita ada peningkatan atau tidak? Berapa buku dah kita baca,khatam, faham dan ingat?
Suka saya memperingatkan diri saya betapa perlu ilmu itu diterokai. Pembacaan yang banyak menjadikan kita lebih matang dan tenang.Kenapa ya?
Pertama pembacaan itu memerlukan pengorbanan masa, manakala masa itu pula sesuatu yang sangat bernilai. Masa tak mungkin berhenti untuk menunggu kita. Kalau begitu orang yang membaca telah memanfaatkan masanya untuk sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi menjadikan kehidupannya lebih matang.
Keduanya, pembacaan melahirkan manusia yang berfikir. Fikiran yang cerdas datang dari otak yang benar-benar memanfaatkan tugasnya. Bahkan otak yang lembab datang dari yang malas berfikir. Manusia yang berfikir akan berusaha untuk memahami.
Ketiga, pembacaan melonjak pemikiran yang kreatif. Contohya pembacaan tentang kejayaan manusia dalam menghasilkan teknologi akan membuka ruang untuk menghasilkan teknologi yang lebih kehadapan.
Keempat, pembacaan menghasilkan manusia yang cintakan ilmu. Ilmu yang disebarkan dapat dikongsi oleh manusia seterusnya menjadikan manusia itu matang.
Kelimanya, pembacaan menjadikan manusia berani menyatakan kebenaran. Ilmu yang benar mengangkat martabat manusia. Ilmu yang salah pula menjahanmkan manusia. Kita bertambah yakin sekiranya berhujah dengan fakta yang kita baca dan faham dari mengambil maklumat tanpa diketahui dari mana datangnya.
Pokok pangkalnya pembacaan dan ilmu itu berkait dan tidak boleh di pandang enteng oleh kita.
So review kita kali ni kita cuba baiki mood kita untuk meningkatkan pembacaan. Bagi yang belum mula bolahlah cari buku-buku yang nipis dahulu dan berazam untuk baca sampai khatam dan faham.
Bagi yang dah mula bolehlah fikir untuk baca dan tambah buku-buku lain pula.
Tapi bagi kita umat Islam jangan lupa baca Al-Quran dan penting sekali untuk cuba memahami maknanya. Cari terjemahan Al-Quran dan pastikan di rumah dan dalam kereta sentiasa ada Al-Quran. Sentiasa ingat cari masa untuk baca Al-Quran. Jangan tunggu masa free untuk baca Al-Quran sebab memang tak de masa free semuanya bernilai.
Next tulisan kita bincang pula review ke dua insya Allah. Ok Wassalam.






4 comments:
Membaca mengajar erti kepedulian,
Ok, satu tulisan yang bernas . Bagaimana pula jika ia dilihat daripada paradigma seperti qoute dibawah ?
"People don't care how much you know, until they know how much you care"
Ana lebih gemar menggunakan istilah ini Ilmu itu perlu hidup dalam diri manusia. Amalan menzahirkan Ilmu itu. Istiqamah mengambarkan Kesungguhan. Keikhlasan Mencerminkan hati yang sudah disucikan. Ketaqwaan mengharap dari yang Maha Berkuasa.
Sukar bagi manusia menilai ilmu dan amalan sekiranya mereka menilai dalam neraca yang berbeza.
Adakalanya kita boleh memanfaat Ilmu dari manusia yang tidak beramal dengan ilmunya tapi janganlah pula diikut amalanya.
Mencontohi manusia yang berilmu dan beramal dengan amalannya itulah yang sebaiknya.Zaman kini amat sukar mencara orang sebegini.
salam. ana baru pindah ke asrama, kat sini ada internet, ni first time ana melawat blog ni. tahniah, dan teruskan perjuangan antum.
ok, jangan lupa lawati sama blog tautan-hati.blogspot.com
ana ada proposal kat situ... tentang untuk memanfaatkan blog
Post a Comment