Wednesday, July 2, 2008

Cahaya Allah

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (namun tetap) menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir membencinya."
(Surah As-Saff ayat 8)

Seringkali menjadi persoalan di kalangan kita tentang cahaya dan petunjuk Allah diberikan kepada siapa?

Penggunaan istilah hidayah mungkin agak popular di kalangan kita bila membicarakan tentang tingkahlaku manusia yang berpeleseran dan bergelumang dengan maksiat selalunya disebut mereka yang belum dapat hidayah dan petunjuk.Manakala manusia yang dahulunya penuh noda dan maksiat pula kemudianya berubah disebut sudah mendapat hidayah atau petunjuk.


Bagaimana pula sekiranya manusia yang dahulunya alim,tawadu dan penuh dengan sifat mahmudah tetapi tergelincir ke lembah maksiat? Apa pula komen masyarakat?

Mungkin kita dengar ada yang sebut tersesat jalan...........

Di dalam surah As-Saff seperti terjemahan di atas, Allah telah menjelaskan bahawa cahaya Allah tidak mungkin ditewaskan dengan kata nista dan dusta manusia. Cahaya petunjuk Allah menembusi segala perancangan jahat manusia. Justeru tidak mungkin manusia mampu menghalangnya. Allah menganugerahkan cahayanya kepada sesiapa yang di kehendakiNya.


Begitulah pula di jelaskan lagi oleh Allah dalam Al-Quran

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
(Al-Baqarah ayat 7)

Allah telah memberi amaran kepada golongan yang tidak mahu menerima kebenaran dan membentengkan diri dengan kemaksiatan dicela di sisi Allah.

Sehingga golongan itu tidak dapat menerima petunjuk dan segala macam nasihat pun tidak akan berbekas padanya.

Golongan ini bukanya di kalangan yang tidak memahami Al-Quran tetapi tidak mahu mengambil pengajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Pancaindera yang dianugerahkan tidak dimanfaat untuk mendengar dan melihat segala penciptaannya. Maka golongan ini menanti azab yang amat dahsyat.

Petikan dua ayat ini cukup bermakna bagi setiap manusia yang benar-benar berfikir dan menghayatinya.

Cahaya Allah datang kepada manusia dalam pelbagai bentuk.

Ada manusia yang dahulunya hina kemudian kembali ke pangkal jalan.

Ada juga yang awalnya mulia tetapi akhirnya hilang pedoman.

Ada yang tidak langsung mendapat cahaya Allah lantaran penentangan yang amat keras terhadap Islam.

Ada juga yang dari awalnya hingga akhirnya dalam pemeliharaan Allah.

Di manakah kita diantara kelompok ini?

Sukarkah mendapat cahaya Allah?

Apakah jalannya?


Berfikirlah,
Renunglah,
Hayatilah,
Munajat padaNya,
Pohon padaNya,
Tunduklah dengan ikhlas,
Yakinlah kita lemah,
Dialah segalanya,
Ingatlah padanya,
Taatilah perintahNya,
Taatilah RasulNya,
Tinggalah laranganNya,
Laksanakanlah perintahNya
Insya Allah kita tidak dilupakan dikalangan hamba-hamba yang menanti cahaya sehingga hujungnya.

3 comments:

Alhamdulillah MOSA menulis, ana nak kena buat kursus khas utk sahabat alif, kepentingan blog sebagai satu saluran dakwah.... ana rasa sahabat alif tak patut ketinggallan....
Kita dah kena bina fasiliti untuk online... dah ler kita sibuk kan. Bukan tiap2 minggu kita ni , boleh bagi ceramah atau buat program. Cukuplah kita memberi dalam bentuk secebis penulisan ni, tak perlu panjang, bukannya kita tak pernah buat karangan masa sekolah dulu. Jika tak utk org lain pun, paling tidak, kita dapat belajar, bila kita dah mula belajar menyampaikan.... Jangan tidur sahabat Alif

Elok sangat cadangan Kalam Bicara, penulisan ni bukan mudah tapi kalau tak mula lagi susah. Salah silap tak pe itu proses belajar Transform With Knowledge.............

Sekarang ana lihat kita kena bantu atau heret mereka (terasa kasar pulak guna heret ni) untuk membina utiliti atau fasiliti untuk online. Ana lihat pendakwah-pendakwah lain dah jauh kedepan, sepatutnya kita dah bincang nak me'market'kan saluran dakwah kita ni. Tapi apa boleh buat kita kena, tolong mereka rasa penting untuk belajar guna teknologi ni. Kalau dulu, orang nak menulis... puas juga asah bakat supaya tulisan mereka dapat tersiar ke majalah , dan disampaikan mesej kepada semua orang, tapi sekarang tidak. Buat blog pun free, tak ada editor pun yang nak reject tulisan kita... tu pun susah lagi. Tak apa lah, kita mula dua dulu.

Post a Comment