Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Monday, July 28, 2008

Ziarah Ukhwah & Motivasi di Maahad Tahfiz , Sg Besar



Program Motivasi Bersama Penuntut Maahad Tahfiz, Sg Besar

26 Julai 2008 - Destinasi kedua ziarah ukhwah Sahabat Alif selepas mengunjungi PEYAKIN ialah Maahad Tahfiz Wa Ulumuddin Tabuk Haji Yusuf , yang terletak di Sg Besar , Selangor Darul Ehsan. Ketibaan 12 orang Sahabat Alif disambut mesra oleh Mudir Maahad Ust Jemari. Beliau kelihatan begitu gembira dan ceria dengan kehadiran kami .

Slot utama dalam kunjungan ziarah ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Mohamed Sabir Jamaluddin , Pengerusi Alif Consultant. Program ceramah yang bertajuk "Insan Cemerlang" ini, telah disertai oleh 30 orang pelajar Maahad Tahfiz. Pada permulaan sesi ceramah kelihatan pelajar-pelajar keletihan dan mengantuk. Namun, selepas diselitkan dengan sedikit celoteh daripada penceramah , tumpuan pelajar terhadap ceramah yang disampaikan amatlah memberansangkan dan suasana menjadi ceria. Program ziarah berakhir pada 4.50 petang dan Sahabat Alif meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Berikut foto-foto sepanjang perjalanan program;

Bicara bersama Mudir, Ustaz Jemari sebelum slot ceramah

Crew persiapan tempat ceramah sahabat Alif

Pelajar menanti persiapan ceramah

Ucapan Aluan Mudir Ustaz Jemari

Menekuni intipati ceramah
'Candid Camera' menarik pada aksi penceramah
Tekun Crew Sahabat Alif mempertahankan layar skrin daripada tiupan angin , syabas!!!
Ketekunan Jurugambar Alif

Cenderahati untuk semua pelajar : "Terimalah cenderahati yang tak seberapa ni ye nak" , kata Pak Cik Zul
Cenderahati untuk Maahad disampaikan daripada wakil Alif kepada Mudir

"Camera Candid" sesi bergambar

Bergambar

"Camera Candid" sesi bergambar

Bergambar

Ceria
Secocok, sepadan, bagai pinang dibelah dua

Bergambar di luar bangunan



Saturday, July 26, 2008

Ziarah Ukhwah dan Motivasi di Asrama PEYAKIN


Program Motivasi Anak Yatim dan Miskin

27 Julai 2008 - Rombongan sahabat Alif seramai 12 orang tiba di perkarangan halaman bangunan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin (PEYAKIN) seawal pukul 10 pagi . Ketibaan sahabat Alif disambut oleh penyelia dan staff yang bertugas .

Kunjungan sahabat Alif yang diketuai oleh Encik Mohamed Sabir Jamaludin iaitu Pengerusi Alif Consultant dengan bertujuan memberi sumbangan dan khidmat sebagai memenuhi satu jadual aktiviti suku tahun ketiga iaitu Program Berkala , Ziarah Ukhwah dan Motivasi.
Slot utama dan ziarah ukhwah ke PEYAKIN adalah slot Ceramah Motivasi yang bertajuk "Insan Cemerlang" untuk anak-anak PEYAKIN . Program separuh hari di Asrama PEYAKIN berakhir pada jam 12 tengahhari.

Berikut secara ringkas perjalanan Program

Crew Alif sedang mempersiapkan alat bantu ceramah


Anak-anak putera puteri sedang mengambil tempat


Aluan Penyelia PEYAKIN

Sesi Ceramah sedang berjalan

Hadiah diberikan kepada yang bangun memberikan respon kepada soalan

Hadiah cenderahati diberikan kepada semua anak-anak PEYAKIN

Cenderahati kepada wakil pentadbir PEYAKIN

Sumbangan kewangan daripada Alif kepada Pemgurusan PEYAKIN

Sesi bergambar: kelihatan jurukamera Alif sedang menyusun atur
Bicara akhir Sahabat Alif sebelum bersama warden sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Secara Ringkas berkaitan PEYAKIN
  • merupakan salahsatu penempatan asrama untuk anak-anak yatim dan anak-anak orang miskin yang tidak berkemampuan. Selain anak yatim dan miskin, asrama PEYAKIN juga menerima anak-anak yang terbiar akibat daripada konflik keluarga.
  • PEYAKIN dinaungi oleh Sultanah Selangor, dan Yang Dipertua PEYAKIN ialah Pengarah JAIS .
  • Sumber kewangan operasi 1/3 adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 2/3 daripada individu- individu prihatin yang bersedia menyumbang .
  • Kemudahan-kemudahan asas seperti pengangkutan PEYAKIN dibantu MAIS dan JAIS .
  • Alamat PEYAKIN ; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin , KM3, Jalan Hj Sirat, Off Jalan Meru, 41050 Klang Selangor Darul Ehsan Fax:03334253

Sunday, July 20, 2008

Sedikit Perubahan: Ziarah Ukhuwah dan Motivasi

Program pada 26hb Julai 08 ini di teruskan dengan sedikit perubahan. Ziarah ke rumah anak-anak yatim Sekendi di tukarkan ke Pertubuhan anak-anak yatim di Kelang. Ini kerana program di Sekendi bertembung dengan program oleh Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris. Kami memberi laluan kepada mereka Insya Allah untuk program akan datang bolehlah dirancang ke Sekendi pula.

Tentatif program kekal seperti biasa. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pihak kami di alifconsultant@gmail.com atau alifconsultant.admin@gmail.com.

Wassalam

Friday, July 11, 2008

Ziarah Ukhuwah dan Motivasi

Alhamdulillah pihak kami telah dapat berhubung dengan Ustaz Halimi Hayat, Pengetua Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim Sekendi Batu 36, 45200 Sabak Bernam Selangor dan Ustaz Jemari, Pengetua Darul Quran Sg. Besar Selangor.

Pihak mereka amat berbesar hati untuk menerima kunjungan kami dalam program ziarah ukhuwah serta memberi motivasi kepada para pelajar di kedua-dua sekolah tersebut.


Tarikh program : 26 Julai 2008

Masa : 7.00 am-10.00pm

Tentatif program adalah seperti berikurt:

7.00am - 10.00am - bertolak dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam

10.00am - 12.30pm - Motivasi dan ramah mesra bersama anak-anak yatim, memberi sumbangan kewangan.

1.00pm - 2.00pm - Menuju ke Darul Quran Sg. Besar

2.00pm - 5.00pm - Motivasi dan ramah mesra bersama pelajar dan muallaf di Darul Quran dan sumbangan kewangan.

6.30pm - 8.00pm - Ziarah Keluarga Sahabat Alif

8.05pm - Bertolak ke Kuala Lumpur.

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan kewangan diri sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang ke dua-dua sekolah tersebut.

Segala sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank Alif Consultant no akaun: 562834501246.

Sila emailkan kepada kami di alifconsultant@gmail.com sekiranya pihak tuan/puan telah membuat sumbangan untuk tujuan rekod.


Insya Allah diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Wednesday, July 9, 2008

Ukhwah ke Rumah Anak Yatim

Sesuai dengan halatuju Alif Consultant menabur bakti kepada masyarakat, satu program ziarah ukhuwah dan memberi motivasi kepada anak yatim akan dijalankan pada hujung Julai 2008 ni.

Tempatnya sudah di kenalpasti dan sahabat Alif sedang berurusan untuk mendapat 'comfirmation' masa dan tarikh. Insya Allah Sahabat Alif akan bersama-sama menyumbang tenaga dan sedikit kewangan bagi menjayakan misi ukhuwah ini.

Kami akan meklumkan tarikh sebenar dalam sehari dua ni.

Satu kekurangan dalam sahabat Alif ni ialah penglibatan kaum Hawa. Kami merasakan perlu ada dikalangan kaum Hawa agar dapat menyumbang fikiran dan sebagainya. Kalau dapat jadi sukarelawan Alif bagus juga memandangkan dalam program2 Alif Consultant terdapat juga kaum Hawa yang terlibat. Bukankah lebih manis kiranya kaum Hawa dapat bersama membantu dalam program sebegini.

Mungkin ada sesiapa yang berminat untuk terlibat dalam ziarah ukhuwah ke rumah anak yatim atau menyumbang kewangan ni bolehlah menghubungi kami di alifconsultant@gmail.com.

Wassalam

Thursday, July 3, 2008

Ilmu Dan Pembacaan

Kebiasaanya hari-hari yang dilalui oleh kita sentiasa berubah. Walaupun masa yang sama 24 jam juga.

Yang jelasnya warna pakaian yang berbeza, menu makan yang lain, sembang atau bualan pun tak sama topiknya. Mood pun berubah juga, yang bekerja membilang hari bila nak ketemu hari Jumaat 'the last day for the week' untuk isi masa cuti bersama keluarga atau aktiviti tersendiri. Yang belajar pun lebih kurang juga mungkin tak sabar nak rehat setelah penat berkuliah, belajar dan sebagainya.

Apa pun seperti yang maklum setiap hari kita lalui dalam warna dan corak yang tak sama. Tapi jangan lupa setiap hari itu yang berlalu meninggalkan dunia kebelakang dan menuju ke alam baru yang tak tahu bila 'wisel' penamatnya ditiup.

Hari ini kita sudah melalui separuh dari tahun 2008, sudahkah kita review pencapaian kita sehingga kini?Ha! macam mana?

Kalau belum eloklah kita ambil masa dan buat sedikit review. Soalnya apa yang kita nak review???????????

Mungkin kita boleh mula review apa yang telah kita 'improve' untuk diri sendiri. Cuba kita lihat Ilmu kita ada peningkatan atau tidak? Berapa buku dah kita baca,khatam, faham dan ingat?

Suka saya memperingatkan diri saya betapa perlu ilmu itu diterokai. Pembacaan yang banyak menjadikan kita lebih matang dan tenang.Kenapa ya?

Pertama pembacaan itu memerlukan pengorbanan masa, manakala masa itu pula sesuatu yang sangat bernilai. Masa tak mungkin berhenti untuk menunggu kita. Kalau begitu orang yang membaca telah memanfaatkan masanya untuk sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi menjadikan kehidupannya lebih matang.

Keduanya, pembacaan melahirkan manusia yang berfikir. Fikiran yang cerdas datang dari otak yang benar-benar memanfaatkan tugasnya. Bahkan otak yang lembab datang dari yang malas berfikir. Manusia yang berfikir akan berusaha untuk memahami.

Ketiga, pembacaan melonjak pemikiran yang kreatif. Contohya pembacaan tentang kejayaan manusia dalam menghasilkan teknologi akan membuka ruang untuk menghasilkan teknologi yang lebih kehadapan.

Keempat, pembacaan menghasilkan manusia yang cintakan ilmu. Ilmu yang disebarkan dapat dikongsi oleh manusia seterusnya menjadikan manusia itu matang.

Kelimanya, pembacaan menjadikan manusia berani menyatakan kebenaran. Ilmu yang benar mengangkat martabat manusia. Ilmu yang salah pula menjahanmkan manusia. Kita bertambah yakin sekiranya berhujah dengan fakta yang kita baca dan faham dari mengambil maklumat tanpa diketahui dari mana datangnya.

Pokok pangkalnya pembacaan dan ilmu itu berkait dan tidak boleh di pandang enteng oleh kita.

So review kita kali ni kita cuba baiki mood kita untuk meningkatkan pembacaan. Bagi yang belum mula bolahlah cari buku-buku yang nipis dahulu dan berazam untuk baca sampai khatam dan faham.

Bagi yang dah mula bolehlah fikir untuk baca dan tambah buku-buku lain pula.

Tapi bagi kita umat Islam jangan lupa baca Al-Quran dan penting sekali untuk cuba memahami maknanya. Cari terjemahan Al-Quran dan pastikan di rumah dan dalam kereta sentiasa ada Al-Quran. Sentiasa ingat cari masa untuk baca Al-Quran. Jangan tunggu masa free untuk baca Al-Quran sebab memang tak de masa free semuanya bernilai.

Next tulisan kita bincang pula review ke dua insya Allah. Ok Wassalam.

Wednesday, July 2, 2008

Cahaya Allah

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (namun tetap) menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir membencinya."
(Surah As-Saff ayat 8)

Seringkali menjadi persoalan di kalangan kita tentang cahaya dan petunjuk Allah diberikan kepada siapa?

Penggunaan istilah hidayah mungkin agak popular di kalangan kita bila membicarakan tentang tingkahlaku manusia yang berpeleseran dan bergelumang dengan maksiat selalunya disebut mereka yang belum dapat hidayah dan petunjuk.Manakala manusia yang dahulunya penuh noda dan maksiat pula kemudianya berubah disebut sudah mendapat hidayah atau petunjuk.


Bagaimana pula sekiranya manusia yang dahulunya alim,tawadu dan penuh dengan sifat mahmudah tetapi tergelincir ke lembah maksiat? Apa pula komen masyarakat?

Mungkin kita dengar ada yang sebut tersesat jalan...........

Di dalam surah As-Saff seperti terjemahan di atas, Allah telah menjelaskan bahawa cahaya Allah tidak mungkin ditewaskan dengan kata nista dan dusta manusia. Cahaya petunjuk Allah menembusi segala perancangan jahat manusia. Justeru tidak mungkin manusia mampu menghalangnya. Allah menganugerahkan cahayanya kepada sesiapa yang di kehendakiNya.


Begitulah pula di jelaskan lagi oleh Allah dalam Al-Quran

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
(Al-Baqarah ayat 7)

Allah telah memberi amaran kepada golongan yang tidak mahu menerima kebenaran dan membentengkan diri dengan kemaksiatan dicela di sisi Allah.

Sehingga golongan itu tidak dapat menerima petunjuk dan segala macam nasihat pun tidak akan berbekas padanya.

Golongan ini bukanya di kalangan yang tidak memahami Al-Quran tetapi tidak mahu mengambil pengajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Pancaindera yang dianugerahkan tidak dimanfaat untuk mendengar dan melihat segala penciptaannya. Maka golongan ini menanti azab yang amat dahsyat.

Petikan dua ayat ini cukup bermakna bagi setiap manusia yang benar-benar berfikir dan menghayatinya.

Cahaya Allah datang kepada manusia dalam pelbagai bentuk.

Ada manusia yang dahulunya hina kemudian kembali ke pangkal jalan.

Ada juga yang awalnya mulia tetapi akhirnya hilang pedoman.

Ada yang tidak langsung mendapat cahaya Allah lantaran penentangan yang amat keras terhadap Islam.

Ada juga yang dari awalnya hingga akhirnya dalam pemeliharaan Allah.

Di manakah kita diantara kelompok ini?

Sukarkah mendapat cahaya Allah?

Apakah jalannya?


Berfikirlah,
Renunglah,
Hayatilah,
Munajat padaNya,
Pohon padaNya,
Tunduklah dengan ikhlas,
Yakinlah kita lemah,
Dialah segalanya,
Ingatlah padanya,
Taatilah perintahNya,
Taatilah RasulNya,
Tinggalah laranganNya,
Laksanakanlah perintahNya
Insya Allah kita tidak dilupakan dikalangan hamba-hamba yang menanti cahaya sehingga hujungnya.