Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Tuesday, April 28, 2009

Mata Terang Mata Hati Kabur




"Cermin mata aku ni kena tambah power la..." keluh sahabat saya.

"Aku tengok tulisan kat papan tanda dah nampak kabur. Lagi pun aku dah lama tak pergi periksa mata. Spek mata ni pun dah lama tak tukar," panjang leterannya pula kali ni.

"Hah, elok lah tu, engkau pi periksa mata kat kedai cermin mata, bahaya nanti pandu kereta tak nampak jalan. Boleh sebabkan kemalangan tak pasal-pasal," saya cadang pada dia.

Sekarang pun ada macam-macam kaedah untuk rawatan dan penjagaan mata dari yang paling murah sampailah yang paling mahal. Terpulanglah pada kita mana satu yang kita nak guna.

Saya sendiri pun dah pakai cermin mata dah masuk 20 tahun. Tapi powernya tak le tinggi sangat. Tapi kalau tak pakai cermin mata mula la tak kenal orang....

Pastilah kita rasa resah dan tak senang duduk kalau nikmat mata yang Allah anugerahkan ini tiba-tiba diuji. Kadang-kadang kena sakit mata pun dah kacau di buatnya..

Inikan pula....kalau nikmat ini ditarik buat selamanya.. tak terbayang rasanya tiba-tiba dunia jadi gelap. Tak dapat bezakan warna, rupa, cahaya, siang, malam dan sebagainya.

Kalau lahir sejak azali tak dapat melihat pasti tak sama sekiranya tiba-tiba tak dapat melihat.

Apa pun kita yang boleh melihat ini patut bersyukur sebanyak-banyaknya. Banyak sungguh nikmat Allah yang kita telah kecapi dengan menggunakan mata yang pastinya kita tidak mampu membayarnya.

Terdapat pelbagai jenis rawatan alternatif untuk mata, kedai-kedai cermin mata, pakar-pakar mata dan lain-lain kaedah bagi merawat mata yang kabur.

Tapi jangan kita lupa mata pancaindera yang kabur kita ambil perhatian dan jagan pula leka Mata Hati yang kabur kita abaikan.

Rawatan mata hati yang kabur perlu lebih penjagaanya.

Mata hati yang kabur tidak kenal Tuhan, tidak kenal dosa pahala, tidak kenal kebaikan, tidak kenal kebenaran, tidak kenal akhirat.

"Oh, kalau begitu susah lagi menjaga mata hati dari jaga mata pancaindera ya?".

Sudah semestinya!

Di utuskan Rasul kepada manusia adalah untuk membentuk & mendidik supaya berjaya dalam memelihara dan merawat mata hatinya. Rawatan kepada mata hati ialah zikir, bacaan Al-Quran, Ilmu pengetahuan, Amal soleh dan seumpamanya. Ia dapat membantu menjernihkan mata hati.

Hebatnya mata hati yang dirawat dapat melihat alam selain dunia...mata hati dapat menyakini alam akhirat..

Rawatan mata hati kosnya sangat rendah tidak semahal rawatan mata pancaindera...

Rawatannya ada dimana-mana....ia berada dalam jiwa manusia...

Cabaran dalam menjaga mata hati tidak kurang juga hebatnya...

Beruntunglah bagi mereka yang mata hatinya terang dan tidak kabur...

Bagi yang kabur segeralah cari penawarnya...

Bagi yang buta mata hati dahsyat pula pembalasannya...

"Ya, Allah peliharalah kami dari termasuk dari kalangan orang-orang yang buta mata hatinya."

Aminnnn
.

Sunday, April 12, 2009

Bersama Dr.Lokman Abdullah


Baru-baru ini Sahabat Alif telah beramah mesra dengan seorang anak ulama yang tidak asing di Kelantan. Beliau ialah Dr. Lokman Abdullah seorang anak tokoh ulama Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubok Tapah Pasir Mas Kelantan.

Kebetulan pula kami sempat menuntut ilmu dengan Dr.Lokman di Universiati Malaya ketika mengambil Diploma Syariah di sana. Dr. Lokman ketika itu merupakan seorang Ketua Jabatan Usul Fiqh di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pada tahun 2008 Tuan Guru Hj. Abdullah telah kembali kerahmatullah. Sekarang Pondok Lubok Tapah diwariskan kepada Dr.Lokman. Kami sempat berbual bertanyakan perkembangan pendidikan semasa dan juga perkembangan pendidikan pondok bersama beliau.

Dr. Lokman nampaknya begitu cekal mengharungi cabaran kerana terpaksa membahagikan masa untuk mengendalikan pondok yang telah diwariskan kepadanya dengan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar di UM.

Apatah lagi isteri beliau pula sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom. Antara mengurus keluarga, pondok dan kerjaya tentulah ianyan bukan mudah. Tapi kami nampak Dr.Lokman ceria dan begitu mudah tersenyum sepanjang perbualan.

Bagaimana pula ya kalau kita berada di tempat beliau? Isteri nun jauh di negeri orang dan bukan mudah untuk ke sana, anak-anak pula pasti merindui ibu, kemudian kena berulang alik melihat perkembangan pondok pengajian di Kelantan. Pasti kita sudah mengeluh panjang.

Kadang-kadang saya terfikir juga, kita belum cukup sibuk tapi mudah sangat mengungkapkan perkataan sibuk dan tak ada masa. Ini berlaku kerana mungkin kita jarang melihat orang lain dan hanya mementingkan diri kita dan persekitaran kita sahaja.

Ada masa pula untuk shopping hujung minggu, family trip, family gathering dan sebagainya. Tapi kalau minta masa untuk kerja amal dan kebajikan mulalah zikir sibuk berkumandang.

Pada pertemuan tersebut Alif Consultant telah memberi sumbangan bernilai RM1000.00 untuk membantu pengajian dan keperluan untuk Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas Kelantan kepada beliau.

Mudah-mudahan sumbangan yang tidak seberapa ini diterima sebagai amal yang soleh di sisi Ilahi

Friday, April 10, 2009

Program Maulid Rasul SK Dato Abd. Manaf, Sepang, Selangor.

"Lambatlah kita sampai hari ni Asri nampaknya" saya mula bersuara setelah berpusing banyak kali tak jumpa sekolah.

Saya mula call pihak sekolah tanya direction ke sekolah semula.

Program yang sepatutnya bermula telah lewat 15minit. Apa pun pihak pelajar dan guru-guru masih sabar menanti kami.



"Minta maaflah Cikgu saya tersesat dalam perjalanan ke sini tadi", kata saya pada pengetua sekolah tersebut.

Pelajar di sekolah ini terdiri seramai 150 orang sahaja. Manakala bilangan gurunya pula ialah 14 orang.

Saya mulakan ceramah dengan Assalamualaikum.

Murid-murid pun menjawab waaaaa alaaaaai kumusssss salaaaaaam cikguuuuuuuuuuuuu.



Ini pertama kali saya memberi ceramah untuk murid-murid sekolah kebangsaan. Teringat pula zaman kanak-kanak saya dahulu. Nostalgia lama kembali dalam ingatan saya.

Nak mula ceramah pun rasa kekok juga maklumlah saya kena turunkan level bahasa agar dapat menarik minat murid-murid ni.

Saya tak lupa juga membawa gula-gula sebagai hadiah untuk siapa yang dapat menjawab soalan kuiz dalam ceramah.

Saya perhatikan juga para guru tersenyum bila lihat gelagat anak-anak murid mereka berlumba nak jawab soalan.

Saya berpeluh juga melayan karenah murid-murid ni...

Terfikir juga bagaimana agaknya para guru ini saban hari dengan murid-murid sekolah yang berusia 7 tahun hingga 12 tahun. Bukan mudah saya dapat rasakan....

Yang menariknya sekolah ini sudah berusia 100 tahun. Wah lamanya......

Pasti sekolah ini telah melahirkan pelbagai kategori manusia dalam pelbagai lapangan.

Habis ceramah sempat berbual dengan pihak pentadbir sekolah.



Hah nak tahu? Satu lagi perkara menarik di sekolah ni, cikgu lelaki seorang sahaja.

Pengetua kata pada saya,

"Inilah intan payung di sekolah ni, dialah cikgu sukan, Imam, baca doa dan pelbagai kerja yang biasa dibuat orang lelaki terpaksa diserahkan padanya."

Nampaknya penat jugalah cikgu lelaki ni, harap-harap dia tak minta tukar le maklumlah kerja dah bertambah.

Hati rasa gembira dapat membuat sedikit sumbangan amal di sekolah ini.

Ilmu tidak akan berkurangan sekiranya dikongsi bersama orang lain.



.

Thursday, April 2, 2009

Maulidur Rasul SMK Bandar Damai Perdana




Ramainye student....

Itulah perkataan pertama yang terungkap oleh saya bila sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras Selangor untuk slot ceramah Maulid Rasul.

Saya dimaklumkan oleh pengetua sekolah terdapat sekitar 2700 orang pelajar di situ. Sessi pagi sahaja dalam 1700 orang manakala yang muslim lebih kurang 1200 orang.

Saya disambut dengan paluan kompang dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w oleh para pelajar.

"Cukup teratur dan bersemangat pelajar ni". Ini dah kira bagus kata hati saya.

Tahniah kepada para pelajar saya ucapkan di permulaan ceramah pada pagi itu..

Pagi yang cuaca baru lepas hujan renyai-renyai dan tidak panas sesuai sekali ceramah berlangsung di dataran sekolah yang tidak berbumbung.

Jadi ceramah saya pada pagi ini tak ada presentation power point. Student pun ramai saya nak lontar soalan kuiz pun tak berapa sesuai. Biasanya saya gemar melontar solan kuiz dan beri hadiah pada siapa yang boleh jawab dalam ceramah dengan pelajar. Ianya dapat memupuk semangat kasih dan sayang serta menghargai mereka.

Nak berceramah dengan para pelajar bukan mudah juga sebenarnya. Maklumlah saban hari mereka menerima input dan jarang-jarang berlaku komunikasi 2 hala dalam pembelajaran mereka. Lebih-lebih lagi pelajar di bandar

Apapun hari ini saya kena tukar style ceramah supaya pelajar tak ngantuk dan khayal.

Satu jam ceramah ini saya manfaatkan agar mereka dapat ingat dan kenal kembali siapa Rasulullah s.a.w.

Habis ceramah saya dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pasukan sepanduk sempena Maulidur Rasul.

Saya kagum dengan sekolah ini walaupun pelajarnya ramai tetapi kreativiti para guru dan pelajar jelas kelihatan. Penglibatan pelajar dan guru patutdi beri satu sanjungan kepada mereka.

Tahniah guru-guru!

Jasa sebagai pendidik bukan hanya dikenang manusia bahkan dinilai sebagai amal soleh di sisi Ilahi.

.