
Anugerah yang tinggi diberikan oleh Pencipta kepada manusia berbanding makhluk yang lain ialah akal fikiran. Walaupun tubuh badan manusia kecil berbanding dengan penciptaan makhluk yang lain tetapi akal manusialah yang mengatasinya.
Makhluk lain seperti haiwan yang mempunyai tubuh yang besar dan mempunyai kekuatan fizikal tidak mampu mengatasi manusia disebabkan akal. Sebab itu kita dapat melihat bagaimana manusia mampu untuk menjinakkan binatang yang lebih besar tubuhnya berbanding dengan tubuh manusia yang kecil.
Begitu juga kita dapat melihat binatang yang ganas dan buas mampu ditundukkan oleh manusia. Ini kerana kelebihan manusia itu adalah dianugerahkan akal oleh Pencipta. Cuba kita perhatikan Firman Allah berikut
Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. (Yaasin ayat ayat 72)
Adapun manusia yang tidak menggunakan akal dengan sempurna dan tidak menghargai anugerah ini mampu bertindak lebih hina pula dari haiwan. Walaupun haiwan yang kecil tubuh badannya. Ini dapat dilihat dalam maksud firman Allah
Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu). (Al Furqaan 44)
Hari ini kita melihat dalam media massa sama ada media cetak mahupun eletronik gambaran manusia yang berbicara tentang dunia global tanpa sempadan. Malangnya teknologi atau istilah "tanpa sempadan" ini telah menyebabkan manusia sudah bertindak di luar sempadan kemanusiaan.
Oh pening sekali dan ribut sekali kini melihat generasi muslim kita yang hidup tanpa sempadan agama, sempadan hukum hakam dan sempadan nilai moral masyarakat.
Muda mudi hidup tanpa sempadan iman dan kufur.
Ibu bapa berusaha mencari rezeki tanpa sempadan halal dan haram untuk membesarkan anak-anak.
Anak-anak membesar tanpa sempadan dosa dan pahala.
Kami pula di Alif Consultant tidak jemu ke sana dan ke mari mengajak masyarakat kembali hidup dengan sempadan.
Sempadan Manusia dan Tuhan
Sempadan Iman dan Kufur
Sempadan Roh dan Jasmani
Sempadan Kasih dan Sayang
Sempadan Taat dan Larangan
Sempadan Memberi dan Menerima
Sempadan Sihat dan Sakit
Sempadan Tua dan Muda
Sempadan Dunia dan Akhirat
Sempadan Syurga dan Neraka
Ah! pelbagai sempadan lagi............ tak mampu nak dicatat lagi........
Fikiran merenung jauh melihat generasi muslim bandar dan desa hanyut dalam cahaya kuning....
Mahu tidak mahu fikiran diperah memikirkan bagaimana mampu mengembalikan masyarakat kembali menilai akal berlandaskan tuntunan Ilahi. Supaya kembalinya kita semua dalam keadaan mampu bersoal jawab tentang amanah yang akan dipersoalkan di hari kemudian.
Wadah Alif Consultant di bentuk dengan visi inilah...iaitu mengembalikan manusia kepada mengenali Diri dan Pencipta.
Mencurah bakti kepada seluruh golongan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Marilah kita sama-sama berganding bahu melaksanakan setakat mana yang kita mampu.
Ianya bukan mudah untuk dilaksanakan tapi yakinlah perubahan hanya mampu dilakukan dengan pengetahuan dan ilmu.
Transform With Knowledge
Sempadan






0 comments:
Post a Comment