Friday, March 13, 2009

Mudah Diungkap Sukar Dilengkap

Seringkali kita mendengar dan mengungkapkan perkataan SABAR. Terutamanya bila ditimpa musibah atau ujian yang menyedihkan. Istilah sabar ini bolehlah di gambarkan sebagai istilah untuk memujuk, tabah, redha, simpati dan seumpamanya. Lima huruf yang pendek dan mempunyai dua suku kata sahaja tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Di dalam Al Quran terlalu banyak istilah sabar ini disebutkan. Istilah yang bersifat teguran, nasihat, perintah dan anugerah terhadap orang-orang yang sabar. Antara petikan ayat Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 153 yang bermaksud

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

Orang yang sabar tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama orang-orang sabar semasa mereka mempraktikan makna sabar itu dalam kehidupan.

Ungkapan yang mudah ini tidak akan memberi apa-apa erti sekiranya ianya tidak dihayati. Bahkan tidak membawa apa-apa makna bagi orang yang menyebut mahupun mendengar. Lebih-lebih lagi yang menyebutnya pun tidak mempraktikkan apa yang disebutnya.

Para pendidik contohnya kerap menggunakan ungkapan ini kepada anak-anak didiknya. Memberi nasihat supaya sabar dalam pelajaran, ujian dan sebagainya. Namun adakalanya pendidik sendiri tidak sabar dengan karenah anak-anak didiknya.

Namun ada juga yang sabar tidak kena pada tempatnya. Kerosakan yang berlaku di depan mata dibiarkan tanpa usaha untuk mencegahnya. Maka jadilah seperti filem P Ramlee yang popular dengan istilah Cobaaaan.

Justeru itu ungkapan yang mudah ini menjadi sukar untuk dilengkapi kiranya ianya tidak menjadi penghayatan dan pemahaman.

Bagaimana pula dengan kita ya?

Boleh kita renung dan fikirkanlah.

Berubah Dengan Ilmu

.

0 comments:

Post a Comment