Sunday, February 15, 2009

Kongsi Pengalaman di Mahaad Al Ansar



Memenuhi keperluan dan tanggungjawab terhadap pembentukan generasi mendatang Alif Consultant telah berjaya menganjurkan motivasi ke Mahaad Al-Ansar, Bestari Jaya pada 9hb Feb 09 yang lalu. Bermula program dengan slot ceramah, bengkel dan rumusan oleh Sahabat Alif kami rasa berpuas hati kerana dapat menyumbang tenaga demi memastikan para pelajar mendapat suntikan untuk terus berjaya dalamhidup.

Pihak sekolah pula amat berbesar hati menerima sedikit sumbangan dari kami dan mengharapkan agar kami dapat menyusun program bagi membantu meningkatkan mutu motivasi para pelajar.

Maklumlah sekolah yang agak jauh di pendalaman ini tidak mampu dari sudut kewangan untuk menjemput penceramah-penceramah yang 'top' bagi membantu para pelajar ini. Kami pula bukanlah yang terbaik tapi itu sahajalah yang mampu kami sumbangkan kepada mereka.


Mahaad ini amat memerlukan sumbangan dari sudut infra, program, idea dan sebagainya bagi membimbing para pelajar mencapai insan yang cemerlang. Kami mendapati para guru amat cekal dan tabah dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa mengeluh terhadap tugas mereka. Bahkan pula imbuhan yang diterima jauh sangat lebih kecil jika dibandingkan sekiranya mereka berkhidmat di sekolah bantuan penuh kerajaan. Allah jualah yang selayaknya memberi ganjaran kepada mereka.

Harapan kami kepada pengunjung blog Alif Consultant sekiranya berhasrat untuk membantu bolehlah menghubungi kami di mosa07@gmail.com

Bagi yang memerlukan khidmat kami boleh juga menghubungi untuk mengatur program dan sebagainya.

Kejayaan datang setelah usaha bersungguh-sungguh dilaksana.

0 comments:

Post a Comment