Sunday, October 4, 2009

Syawal Dirai Penuh Keinsafan.


Hujung minggu di bulan Syawal kebiasaanya di Kota Raya banyak majlis jemputan rumah terbuka meraikan Eidul Fitri. Majlis seperti ini diraikan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Baguslah sekiranya niat ziarah menziarahi itu merupakan satu kaedah bagi meningkatkan silaturahim sesama insan.

Dalam pada itu Alif Consultant pada Syawal ini terus menabur bakti meneruskan agenda dengan aktiviti sosial. Walaupun dalam meraikan sahabat yang menjemput ke program rumah terbuka dan sebagainya namun jadual yang telah diatur untuk aktiviti masyarakat menjadi agenda utama kami.
And here is the rest of it.

Alhamdulillah pada 3hb. Oktober 09 Alif Consultant terlibat dalam ceramah Konsep Menyambut Eidul Fitri di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras Selangor. Pihak sekolah telah menjemput kami untuk turut meraikan anak-anak yatim dalam program jamuan Hari Raya. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program ini kerana ianya dimulai dengan sedikit ceramah tentang Konsep Eidul Fitri sebelum diteruskan dengan jamuan.

Lebih menariknya ialah jamuan turut disertai oleh para pelajar yatim yang bukan dikalangan yang berugama Islam. Kami wajar sekali mengucapkan tahniah khas kepada Puan Sri Datin Mazlilah Mansur yang merupakan pengetua di sekolah tersebut.



Bersama Tan Sri Dato' Hj. Aminuddin Bin Hj. Mohd Dom(berbaju coklat)

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialahKetua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Aminuddin Bin Hj. Mohd Dom. Beliau sempat hadir ke majlis ini walaupun di awal pagi sudah bergerak ke TV9 untuk program secara langsung Nasi Lemak Kopi O. Beliau seorang yang sangat mudah didampingi dan begitu mesra serta rendah diri sekali semasa dalam perbualan.

Selanjutnya pada 4hb. Okt 09, Alif Consultant serta keluarga telah menziarahi Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti Puchong Selangor.


Sahabat Alif dan keluarga bersama Pn.Muji (berbaju gelap)

Memang sudah lama kami berhasrat untuk mencari rumah seperti ini untuk diziarahi serta memberi sedikit sumbangan. Rumah in yang dihuni oleh orang-orang tua muslim lelaki dan perempuan. Kisah ini telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 14hb Sept. 09.

Kecekalan Puan Muji bt Hj. Sulaiman seorang jururawat beserta suami dan anak-anaknya mengorbankan tenaga, masa bahkan wang ringgit tanpa mengharapkan simpati dari masyarakat bagi membantu menjaga serta merawat warga emas ini amatlah besar pengorbanannya.

Dalam perbualan kami dengan beliau, kesungguhan dan keikhlasan dalam membantu warga emas yang dicicirkan oleh anak-anak serta warga emas yang tiada tempat bergantung merupakan satu kepuasan kepada beliau.

Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana mencari tempatyang lebih besar dan selesa bagi menjaga dan merawat warga emas akhirnya beliau bertapak di masjid lama Pulau Meranti Puchong. Masjid yang sudah tidak digunakan ini dibaiki untuk menepatkan warga emas.

Kami melawat tempat ini dan begitu terkesan dengan kebersihan bukan sahaja kawasan dalamannya bahkan juga warga emas yang tinggal disini juga dalam keadaan bersih dan selesa. Puan Muji sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai jururawat telah mencurahkan ilmunya dalam menjaga serta merawat warga emas disini.


Sumbangan dari Alif Consultant

Walaupun ada diantara warga emas yang sudah dilupakan oleh anak-anaknya namun Puan Muji tetap menjaga dan merawat tanpa mengharapkan apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Beliau berkata ini adalah kebajikan yang beliau ingin lakukan sebagai mengharap ganjaran di akhirat.

Bersama Warga Emas

Suasana sedih menyelubungi rombongan sahabat Alif serta keluarga sewaktu bersalaman sebelum kami beredar dari sini. Kami hanya mampu memberi sedikit sumbangan yang tidak seberapa.


Rombongan berangkat pulang

Hati kecil ini berkata,

Alangkah sedihnya nasibmu wahai Ibu
Ditinggal tanpa belaian kasih anakmu
Terlantar tanpa teman bicara
Anak-anak jauh di mata

Pasti umurmu sudah lanjut
Terkenang masa riang bersama mereka
Kini mereka tidak bersamamu
Engkau pilu keseorangan

Kami hanya mampu menziarahimu
Membawa anak-anak kami yang kecil
Bagi mengembirakan Syawalmu
Walaupun ianya tidak sama dengan cucu-cucumu

Apakan daya itu sahaja yang mampu bagi kami
Salam dan peluk ciummu pada anak-anak kami
Mengetarkan jiwa kami.....
Oh... pasti kerinduan mencengkam hatimu

Alangkah indah hidupmu jika bersama anak dan cucu-cucumu
Tapi hakikatnya tidak begitu...
Pasti malam dan siang sukar bagimu
Menanti masa dipanggil Ilahi

Apa pun Ibu ampunkanlah mereka
Jangalah disumpah mereka
Kerana doamu mustajab
Pasti mereka menerima azab

Aku hanya mampu menulis
Menyampaikan dengan pena
Supaya insaf
Supaya sedar
Tiada yang terlepas dari pandangan Ilahi





0 comments:

Post a Comment