Misi pembinaan sekolah di Kemboja akhirnya dapat juga ditunaikan. Walaupun sebenarnya ianya bukanlah mudah.Namun Alif Consultant bersyukur berjaya berusaha mengumpul dana hampir 1 tahun lebih bagi membina sekolah tersebut. Penduduk kampung Baeng Oum Loung pula sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang keppada mereka.
Sekarang Umat Islam menanti kedatangan Hari Raya Eidul Adha atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban. Pastinya surau dan masjid sudah mengedarkan borang-borang untuk korban dan aqiqah. Kebiasaanya sambutan Hari Raya Korban di negara kita meriah dengan penyembelihan binatang korban dan aqiqah. Namun suasana sambutan di negara Kemboja tidaklah sebegitu.
Umat Islam di Kemboja hampir 50 ribu orang dan kebanyakannya adalah golongan yang fakir dan miskin. Mengharap mendapat daging korban merupakan suatu hajat yang besar bagi mereka. Sebab itu Hari Raya Korban merupakan suatu hari yang sangat bermakna bagi mereka untuk merasai daging sembelihan korban.
Saya telah dihubungi untuk memaklumkan tentang hajat Umat Islam Kemboja agar umat Islam di Malaysia dapat menyumbang bagi melakukan ibadah korban di kampung-kampung di sana. Harapan mereka agar sekurang-kurangnya setiap kampung dapatlah merasai daging korban yang akan diagihkan.
Wakil Alif di Kemboja Asyaari Ayob yang juga pegawai di Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja megharapkan agar kita dapat membantu melaksanakan Ibadah korban di Kemboja. Satu bahagian lembu hanyalah RM200 manakala seekor kambing pula RM350.
Sekiranya para pengunjung blog ini berhasrat untuk melaksanakan Ibadah Korban di Kemboja bolehlah menghubungi saya di mosa07@gmail.com sebelum 15 Nov 2009.
Wassalam.






0 comments:
Post a Comment