Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Saturday, October 24, 2009

Terlerainya Ukhuwah......



Naluri manusia semuanya memiliki sifat kasih sayang serta ingin dikasihi serta disayangi. Ini adalah sifat fitrah manusia. Bayi yang baru lahir perlu dibelai ibu bapanya bagi mencernakan kasih dan sayang. Kegembiraan ibu bapa adalah suatu tanda lahirnya perasaan kasih dan sayang terhadap bayinya.

Fitrah kasih dan sayang bukan hanya wujud dalam diri manusia bahkan juga haiwan mempunyai fitrah ini. Jelas boleh kita perhatikan bagaimana haiwan peliharaan yang menyayangi anak-anaknya serta melindunginya dari sebarang mara bahaya.

Dalam konteks berpersatuan atau berjamaah pula seringkali istilah Ukhuwah yang memberi makna yang hampir sama tetapi mengharap pemahaman yang lebih bermakna. Sesuatu gerak kerja yang dibuat secara berkumpulan, berpersatuan atau berjamaah seringkali istilah ukhuwah digunapakai. Ini bagi mengambarkan rasa kemesraan wujud dalam kumpulan, persatuan atau jamaah semasa melaksanakan gerak kerja mahupun tanggungjawab.

Seringkali ketika memberi ceramah dengan mahasiswa/i soalan bagaimana ukhuwah dapat wujud serta mampu bertahan diajukan oleh mereka. Bahkan kadangkala sesuatu program itu gagal mencapai sasaran akibat dari 'masalah' ukhuwah. Perpecahan wujud juga berpunca dari 'masalah' ukhuwah. Pernah juga program khas dianjurkan semata-mata untuk mengatasi 'masalah' ukhuwah.

Persoalannya kenapakah ukhuwah merupakan suatu perkara yang penting?

Ya! Ianya memang penting hanya dengan wujudnya ukhuwah barulah gerak kerja mampu dilaksana dengan penuh tanggungjawab diselami kasih sayang. Ukhuwah perlu dijaga dengan penuh cermat dan hati-hati kerana bila rosaknya ukhuwah, proses membaikinya memakan masa yang panjang. Apatah lagi seringkali ianya akan gagal mengembalikan ukhuwah yang telah dibentuk seperti awalnya.

Antara punca-punca ukhuwah yang retak adalah kerana persahabatan yang tidak ikhlas dan jujur. Ini akan menghasilkan penyakit-penyakit baru yang menyebabkan syak-wasangka, penipuan, dusta, mungkir janji, hilang kepercayaan dan pelbagai lagi penyakit yang dihasilkan oleh hati.

Penyakit ini jangan sekali dipandang mudah kerana ianya akan merebak dan akhirnya akan merosakkan amalan. Sekiranya tidak dirawat maka penyakit baru akan mulai hinggap seperti ego, bongkak, ujub, riak dan pelbagai lagi. Dalam Islam penyakit ini hendaklah dirawat dengan banyak beristigfar, bermuhasabah diri serta berdoa kepada Allah agar penyakit ini dapat disembuhkan.

Rasulullah memberi amaran keras sekiranya penyakit hati ini hinggap dalam diri manusia ianya mampu mengheret ke lembah yang sangat merbahaya. Perhatikan maksud hadis ini

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
(Muttafaq ‘alaih)


Sifat munafik dianugerahkan kepada mereka yang memiliki empat perkara ini. Mungkinkah kita termasuk dalam golongan ini?

Adakah kita merasa biasa je bila berdusta/menipu/berbohong...

Bagaimana pula dalam persahabatan kita melanggar persetujuan yang telah ungkapkan kepada sahabat...Adakah ini juga biasa je...

Memungkiri janji yang telah dipersetujui juga adakah biasa je bagi kita....

Faktor ini menjadi penyumbang besar kepada keruntuhan ukhuwah serta mendapat anugerah yang hina disisi agama.

Oleh itu rawatan segera amatlah perlu bagi mengatasi hal ini. Bagi mengelakkan hubungan ukhuwah terlerai maka eloklah seringkali muhasabbah diri atas kesilapan dan kesalahan.

Bila ukhuwah sudah terlerai cacatlah persahabatan, pincanglah gerak kerja dan hilanglah kepercayaan.

Marilah kita ambil ikhtibar dari hadis diatas bagi menjamin agar tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah.

Binalah dan jagalah ukhuwah agar ianya tidak terlerai.............

Wednesday, October 21, 2009

Mereka Lebih Memerlukan

Misi pembinaan sekolah di Kemboja akhirnya dapat juga ditunaikan. Walaupun sebenarnya ianya bukanlah mudah.Namun Alif Consultant bersyukur berjaya berusaha mengumpul dana hampir 1 tahun lebih bagi membina sekolah tersebut. Penduduk kampung Baeng Oum Loung pula sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang keppada mereka.

Sekarang Umat Islam menanti kedatangan Hari Raya Eidul Adha atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban. Pastinya surau dan masjid sudah mengedarkan borang-borang untuk korban dan aqiqah. Kebiasaanya sambutan Hari Raya Korban di negara kita meriah dengan penyembelihan binatang korban dan aqiqah. Namun suasana sambutan di negara Kemboja tidaklah sebegitu.



Umat Islam di Kemboja hampir 50 ribu orang dan kebanyakannya adalah golongan yang fakir dan miskin. Mengharap mendapat daging korban merupakan suatu hajat yang besar bagi mereka. Sebab itu Hari Raya Korban merupakan suatu hari yang sangat bermakna bagi mereka untuk merasai daging sembelihan korban.



Saya telah dihubungi untuk memaklumkan tentang hajat Umat Islam Kemboja agar umat Islam di Malaysia dapat menyumbang bagi melakukan ibadah korban di kampung-kampung di sana. Harapan mereka agar sekurang-kurangnya setiap kampung dapatlah merasai daging korban yang akan diagihkan.

Wakil Alif di Kemboja Asyaari Ayob yang juga pegawai di Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja megharapkan agar kita dapat membantu melaksanakan Ibadah korban di Kemboja. Satu bahagian lembu hanyalah RM200 manakala seekor kambing pula RM350.

Sekiranya para pengunjung blog ini berhasrat untuk melaksanakan Ibadah Korban di Kemboja bolehlah menghubungi saya di mosa07@gmail.com sebelum 15 Nov 2009.

Wassalam.

Friday, October 16, 2009

Kembara Alif Suatu Hajat Yang Tertunai

Alif Consultant berkembara lagi

Kembara Alif ke Kemboja dan Vietnam kali ini terdiri dari lima orang iaitu Sabir, Azizi, Amin, Asri dan Ustaz Sobri Mat. Trip ini adalah bagi memberi sumbangan khusus untuk membesarkan sekolah yang telah dibina di kampung Cham.

Perjalanan kami diteruskan sehingga ke Ho Chi Minh melalui jalan darat yang memakan masa 10 jam dari Phnom Penh. Suatu perjalanan yang sangat indah dan penuh cabaran. Kami semuanya keletihan dan kepenatan akibat perjalanan ini. Namun kepuasan menikmati keindahan alam semulajadi telah menyegarkan minda kami.

Apa pun kami merasakan gambar-gambar dibawah sudah memadai untuk menceritakan segalanya.


Perjalanan dari KLIA ke Phnom Penh


Solat Jumaat di Masjid Phnom Penh


Berbincang tentang tentatif esok


Asyaari Ayob mencatat agihan wang sumbangan


Di awal pagi sudah bersedia untuk ke Kampung Cham

Sarapan pagi kami

Ustaz Sobri mencadang pengubahsuaian di Masjid


Tiba di Kampung Cham Baeng Oum Loung


Sahabat Alif meniti titi ke sekolah

Sekolah Alif yang siap dibina


Anak-anak Islam Cham menyambut kami

Para pelajar di Sekolah Alif


Sumbangan disampaikan kepada wakil
Yayasan Pembangunan Islam Kemboja


Sahabat Alif di sempadan Kemboja - Vietnam

Minum bersama jemaah Masjid di Ho Chi Minh

Di majlis Khatam Quran anak2 Vietnam

Hadiah dari Alif Consultant

Comel anak2 ini

Bersama anak-anak khatam Al-Quran

Masa untuk pulang

Sunday, October 4, 2009

Syawal Dirai Penuh Keinsafan.


Hujung minggu di bulan Syawal kebiasaanya di Kota Raya banyak majlis jemputan rumah terbuka meraikan Eidul Fitri. Majlis seperti ini diraikan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Baguslah sekiranya niat ziarah menziarahi itu merupakan satu kaedah bagi meningkatkan silaturahim sesama insan.

Dalam pada itu Alif Consultant pada Syawal ini terus menabur bakti meneruskan agenda dengan aktiviti sosial. Walaupun dalam meraikan sahabat yang menjemput ke program rumah terbuka dan sebagainya namun jadual yang telah diatur untuk aktiviti masyarakat menjadi agenda utama kami.
And here is the rest of it.

Alhamdulillah pada 3hb. Oktober 09 Alif Consultant terlibat dalam ceramah Konsep Menyambut Eidul Fitri di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras Selangor. Pihak sekolah telah menjemput kami untuk turut meraikan anak-anak yatim dalam program jamuan Hari Raya. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program ini kerana ianya dimulai dengan sedikit ceramah tentang Konsep Eidul Fitri sebelum diteruskan dengan jamuan.

Lebih menariknya ialah jamuan turut disertai oleh para pelajar yatim yang bukan dikalangan yang berugama Islam. Kami wajar sekali mengucapkan tahniah khas kepada Puan Sri Datin Mazlilah Mansur yang merupakan pengetua di sekolah tersebut.



Bersama Tan Sri Dato' Hj. Aminuddin Bin Hj. Mohd Dom(berbaju coklat)

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialahKetua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Aminuddin Bin Hj. Mohd Dom. Beliau sempat hadir ke majlis ini walaupun di awal pagi sudah bergerak ke TV9 untuk program secara langsung Nasi Lemak Kopi O. Beliau seorang yang sangat mudah didampingi dan begitu mesra serta rendah diri sekali semasa dalam perbualan.

Selanjutnya pada 4hb. Okt 09, Alif Consultant serta keluarga telah menziarahi Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti Puchong Selangor.


Sahabat Alif dan keluarga bersama Pn.Muji (berbaju gelap)

Memang sudah lama kami berhasrat untuk mencari rumah seperti ini untuk diziarahi serta memberi sedikit sumbangan. Rumah in yang dihuni oleh orang-orang tua muslim lelaki dan perempuan. Kisah ini telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 14hb Sept. 09.

Kecekalan Puan Muji bt Hj. Sulaiman seorang jururawat beserta suami dan anak-anaknya mengorbankan tenaga, masa bahkan wang ringgit tanpa mengharapkan simpati dari masyarakat bagi membantu menjaga serta merawat warga emas ini amatlah besar pengorbanannya.

Dalam perbualan kami dengan beliau, kesungguhan dan keikhlasan dalam membantu warga emas yang dicicirkan oleh anak-anak serta warga emas yang tiada tempat bergantung merupakan satu kepuasan kepada beliau.

Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana mencari tempatyang lebih besar dan selesa bagi menjaga dan merawat warga emas akhirnya beliau bertapak di masjid lama Pulau Meranti Puchong. Masjid yang sudah tidak digunakan ini dibaiki untuk menepatkan warga emas.

Kami melawat tempat ini dan begitu terkesan dengan kebersihan bukan sahaja kawasan dalamannya bahkan juga warga emas yang tinggal disini juga dalam keadaan bersih dan selesa. Puan Muji sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai jururawat telah mencurahkan ilmunya dalam menjaga serta merawat warga emas disini.


Sumbangan dari Alif Consultant

Walaupun ada diantara warga emas yang sudah dilupakan oleh anak-anaknya namun Puan Muji tetap menjaga dan merawat tanpa mengharapkan apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Beliau berkata ini adalah kebajikan yang beliau ingin lakukan sebagai mengharap ganjaran di akhirat.

Bersama Warga Emas

Suasana sedih menyelubungi rombongan sahabat Alif serta keluarga sewaktu bersalaman sebelum kami beredar dari sini. Kami hanya mampu memberi sedikit sumbangan yang tidak seberapa.


Rombongan berangkat pulang

Hati kecil ini berkata,

Alangkah sedihnya nasibmu wahai Ibu
Ditinggal tanpa belaian kasih anakmu
Terlantar tanpa teman bicara
Anak-anak jauh di mata

Pasti umurmu sudah lanjut
Terkenang masa riang bersama mereka
Kini mereka tidak bersamamu
Engkau pilu keseorangan

Kami hanya mampu menziarahimu
Membawa anak-anak kami yang kecil
Bagi mengembirakan Syawalmu
Walaupun ianya tidak sama dengan cucu-cucumu

Apakan daya itu sahaja yang mampu bagi kami
Salam dan peluk ciummu pada anak-anak kami
Mengetarkan jiwa kami.....
Oh... pasti kerinduan mencengkam hatimu

Alangkah indah hidupmu jika bersama anak dan cucu-cucumu
Tapi hakikatnya tidak begitu...
Pasti malam dan siang sukar bagimu
Menanti masa dipanggil Ilahi

Apa pun Ibu ampunkanlah mereka
Jangalah disumpah mereka
Kerana doamu mustajab
Pasti mereka menerima azab

Aku hanya mampu menulis
Menyampaikan dengan pena
Supaya insaf
Supaya sedar
Tiada yang terlepas dari pandangan Ilahi





Thursday, October 1, 2009

ProgramTerkini Alif Consultant


Berikut adalah program terkini Alif Consultant

Program 1

Ceramah : Konsep Hari Raya Eidul Fitri
Tempat : SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, Selangor
Tarikh : 3hb. Oktober 2009
Masa : 8.30 am

Program 2

Ziarah : Rumah Jagaan Orang Tua-Tua Al Ikhlas (Sumbangan kemanusiaa)
Tempat : Pulau Meranti Puchong, Selangor
Tarikh : 4hb. Oktober 2009
Masa : 1.30 pm

Program 3

Misi Luar Negara : Kemboja dan Vietnam (Sumbangan pendidikan umat Islam)
Tarikh : 9hb-12hb Oktober 2009

Sumbangan dari tuan/puan amat dialu-alukan bagi Program 2 dan 3.

Wassalam