
Nak berjaya tak? Itulah soalan yang seringkali saya lontarkan kepada para peserta ceramah. Biasanya laungan NAAAAAAAAAAAK akan bergema dari peserta. Nak berjaya kena ada USAHA Setujuuuuuuuuuu, kata saya. Peserta biasanya respon Setujuuuuu. Seronok juga berkomunikasi begini dengan peserta dalam slot ceramah. Peserta tak mengantuk penceramah pun semangat semula.
Begitulah gelagat dalam program ceramah mahupun tazkirah motivasi kepada para peserta terutamanya pelajar. Memberi ruang peserta berkomunikasi dengan dua hala lebih bernilai dari satu hala sahaja. Walaupun isi ceramah menarik tapi kalau peserta mengantuk dan hilang mood tak memberi makna kepada mereka.
Sebenarnya bukan mudah nak menarik minat peserta dalam slot-slot ceramah. Apatah lagi kiranya yang hadir pula terdiri dari tokoh-tokoh korporat. Jangan buat 'lawak bodoh' nanti peserta tak ketawa penceramah ketawa seorang..... susah nak control majlis.
Perkara yang utama sebelum berceramah, persediaan tentang tajuk ceramah, kategori peserta, jumlah peserta, tempat ceramah dan pelbagai lagi perlu diambil tahu oleh penceramah. Jangan pandang rendah pada peserta sebaliknya hargai mereka kerana melapangkan masa untuk bersama dalam majlis.
Kadang-kadang penceramah dah ready dengan laptop, tiba-tiba pihak penganjur lupa sedia projektor atau projektor problem. Ha...baru nak elok.... berpeluh penceramah tak kehaluan dibuatnya.
Saya banyak kali juga kena macam ni...pastu saya serik tiap kali pergi program saya akan standby dengan projektor dan bawa 2 laptop saya. Kita nak salahkan penganjur pun tak leh juga. Penganjur pun kadang-kadang tak leh nak sebut nama projektor yang disebut'skrin tembak gambar jadi besar'. Habis nak buat macam mana.
So tips untuk jadi penceramah yang boleh menarik perhatian peserta yang saya nak share kali ini ialah
a) Bersedia dengan tajuk
b) Maklumat dan latar belakang peserta dan jumlah peserta
c) Hargai peserta
Insya Allah next tips di lain kali pula ye.
Wassalam.










