Teringat masa mengaji cara kampung dengan ustaz semasa awal belasan tahun dahulu.Ustaz kerap berkata makin mengaji makin tak tahu. Masa tu memang tak faham dan saje buat-buat faham je le. Maklumlah tak berapa berani nak tanya lebih-lebih ngan ustaz.
Ada la ustaz explain tapi tak faham juga. Bila dah lama ikut pengajian dan majlis ilmu baru teringat balik kata-kata ustaz. "Hang bila mengaji banyak hang akan tau banyak lagi yang hang tak tau. Tapi kalau hang tak ngaji hang rasa macam hang dah tau semua".
Itulah yang kerap terngiang-ngiang kat telinga sekarang ni. Bila kita makin mengaji dan belajar (bersungguh-sungguh) baru kita sedar, ilmu yang ada kat diri ni sangat sedikit. Terlalu banyak lagi yang kita tak tahu. Apatah lagi kalau kita sendiri malas nak explore.
Hari ni kita diberi peluang pula dengan teknologi maklumat. Berapa ramai pula yang manfaatkan untuk Islam? Ada pula kekawan yang rasa janggal bila dengar pasal blog. Ada juga kekawan yang saya hubungi email pun tak ada. Yang ada email pula jarang2 buka email. Ada pula ada email password pun lupa. Ada pelbagai macam jawapan bila diajukan ada dengar maklumat latest tentang Islam kat blog atau internet. Mungkin sibuk agaknya....tapi sibuk apa pula ye...entah le payah nak komen ni.
Makin mengaji makin tak tahu......memberi makna yang besar pada saya. Saya bersyukur masih diberi kekuatan oleh Maha Pencipta untuk terus belajar. Insya Allah 24 Ogos 2008 ni bergelar student kembalilah saya dan beberapa Sahabat Alif di UKM dalam Pengajian Syariah.
Doakanlah saya dengan kesihatan, kerahmatan dan kekuatan untuk teruskan perjuangan ini .






2 comments:
Teringat dengan jawapan Almarhum Ust Ishak Baharom ketika ditanya mengenai persoalan falsafah hidup yang menjadi pegangannya, beliau menyatakan terus belajar dan beristiqamah.Rezeki , Tuhan dah jamin.Katanya lagi , hal itulah yang menjadi pegangan dan falsafah hidupnya yang dibawa sehingga tua.
Kalau tak silap , bukan ke tu kata-kata imam syafie
Post a Comment