Assalamualaikum,
Setelah beberapa hari tanpa posting, maka hari ini saya ingin membicarakan sesuatu untuk perkongsian . Minggu lepas saya baru sahaja balik dari Kuala Lumpur berikut saya terlibat dengan satu program anjuran Alif Consultant , program Ziarah Ukhwah dan Motivasi di Asrama PEYAKIN , Meru , Klang dan di Maahad Tahfiz , Sg Besar . Saya bersama sahabat Alif seharian berprogram di Selangor .
Minggu lepas juga semasa saya masih di Selangor , saya menerima berita akan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga saya, tapi bukan anak saya, tetapi anak saudara saya. Alhamdulillah , bayi comel selamat dilahirkan pada 27 Julai 2008 , pada lebih kurang jam 9.30 pagi . Berita itu saya terima sehari selepas program Ziarah Ukhwah, yang mana pada ketika itu , saya masih di rumah Akhi Sabir , Pengasas Alif Consultant , juga orang yang banyak membimbing saya.
Pada tahun 2008 ini, kerap juga saya ke Kuala Lumpur , jadi antara tempat tujuan saya salah satunya ialah Bukit Mahkota, rumah Akhi Sabir selain UTMKL .
Anak tercorak dari Ibubapa
Rasa ingin pada kanak-kanak atau anak-anak adalah naluri . Saya sendiri tidak boleh menafikan tentang naluri itu pada diri saya . Pada hari Isnin, selepas balik dari kerja, itulah kali pertama saya menatap anak menakan (bahasa orang kedah bagi anak saudara) yang 'cute' . Comel dan kecil lagi, biasalah tu, baru berumur sehari . Memang anak ini adalah rahmat Allah dan rezeki dari Allah .
Suasana gamat dengan karenah pada Amal Amjad (Abang Long pada bayi) yang cemburu apabila takhtanya direbut. Mungkin pada nalurinya dia merasakan kasih ibunya sudah beralih. Jika tidak , dialah 'hero' didakapan ibu . Kedatangan adiknya , membuatkan dia resah . Kadang-kadang saya sendiri lemas dengan Amjad .
Jangan diusik, baru sahaja mulut dicebikkan, kemudian terus menangis . Memang agak manja abang Long. Begitulah fe'ilnya, kedatangan adik ini membuatkan perasaannya meletus . Maka ayahnyalah memainkan peranan memujuknya.
Walaupun Amjad merupakan seorang kanak-kanak cepat menangis apabila diusik . Namun, dia merupakan antara kanak-kanak yang saya rasa agak istimewa. Umurnya baru 2 tahun, tetapi anda semua mungkin terkedu apabila mendengar dia bernasyid. Kadang-kadang sambil tangannya bermain lori mainannya , terkeluar dari mulutnya ,
" Ilahi lastu lil firdaus si ahla , wala aquwa a'lannaril jahim.... fahabl itaubatan waghfir zunubi...
fainna kagho... firuzanbi... Azimi.... " sehingga habis dia nyanyi .... (doa rabiatul adawiyah yang telah dinasyidkan)
Saya sendiri, pada pertama kali dengar... macam tak percaya . Saya ingat dia hanya mampu , menasyidkan separuh sahaja. Rupa-rupanya sampai habis . Bukan setakat itu sahaja, bahkan nada sebutan dia juga adalah teratur seperti asal , jika pada tempat perlu dipanjang dia panjangkan. Memang terkedu saya bila mendengarnya .
Kakak dan Abang ipar saya selalu nasyid padanya sebelum tidur dan diwaktu lapang. Sambil Amjad mendapat belaian, sambil mendengar nasyid . Kakak saya merupakan seorang ustazah dalam bidang pengkhususan Al-Quran tarannum , manakala Abang Ipar , merupakan lepasan Diploma Tahfiz Quran dan sedang menuntut di INSANIAH untuk program Sarjana Muda Syariah .
Anak-anak di PEYAKIN
Berbicara tentang anak-anak, lain pula kisahnya di Asrama PEYAKIN yang telah saya lawati . (Ikuti kisah PEYAKIN , ikuti link )Menurut Ustaz Rahim Sarbini iaitu warden asrama, dalam dialog saya bersamanya. Salahsatu ciri-ciri anak-anak yang diterima masuk ke PEYAKIN adalah anak-anak terbiar . Mengikut ceritanya, ramai dikalangan anak-anak di PEYAKIN adalah daripada anak-anak yang dibiarkan oleh ibu-bapa. Ada kes disitu yang, ibubapa tidak mahu mengaku anak, lalu dibiarkan . Ada kelurga yang simpati dengan si anak tersebut, lalu mengambil anak tersebut sabagai anak angkat. Mungkin disebabkan kurang kemampuan untuk menanggung anak tersebut, lalu dihantar anak tersebut ke Asrama PEYAKIN.
Ada juga kes yang ibubapa anak-anak bercerai, lalu si ibu menghantar anak ke PEYAKIN . Saya sendiri yang mendengar cerita beliau (Ust Rahim) , agak terkedu... , kesedihan , mengbayangkan peritnya anak-anak tersebut . Apalah salah mereka , mereka mangsa konflik ibubapa . Mendengar cerita dari Ustaz Rahim, fikiran saya ligat memikirkan , kenapa jadi begini ? Oh boleh jadi inilah kesannya apabila manusia itu meninggalkan Islam . Apabila Islam ditinggalkan dalam diari kehidupan seseorang manusia, maka nantikanlah kerosakan ; saya berfikir sendirian.
Renungan dan Perspektif
Menilai pada situasi kehadiran kami (sahabat Alif) ke PEYAKIN juga, satu lagi kesimpulan awal yang saya buat , memang sohihlah bahawa "tanggungjawab adalah lebih besar daripada masa dan bilangan pendakwah yang ada" . Medan untuk memberi sumbangan sangat luas , kedatangan ke PEYAKIN bukanlah kali pertama saya mendapat permintaan untuk terus datang lagi untuk memberi sumbangan . Pernah pada 3 tahun lepas saya bersama sahabat dari Kolej Pertama UTMKL menganjurkan program motivasi sekolah , di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang , Baling . Pihak pentadbiran sekolah telah meminta supaya sekolah mereka dijadikan 'sekolah angkat' Kolej Pertama UTMKL . Begitulah besar permintaan mereka, ekoran kekurangan dan kedhoifan pendidikan pelajar luar bandar .
Saya merasakan , pergilah dimana pelusuk dunia pun, permintaan-permintaan untuk dibantu dan membuat perubahan kepada pembaikan dan kebaikan adalah sentiasa ada, bahkan tak menang tangan. Jadi, ini menuntut kepada kaderisasi penggerak dakwah . Ketumpulan gerakan melahirkan kaderisasi penggerak dakwah akan menyebabkan barah permasalahan pendidikan kian meruncing. Kisah di PEYAKIN menunjukkan kisah anak terabai kesan daripada ibubapa yang hanyut tanpa didikan agama. Kisah di SMK Jerai pula adalah kisah ibubapa yang tidak mengambil berat hal ehwal pendidikan dan pengajian anak-anak , dimana mereka menyerahkan hampir semua tugasan didikan pada guru . Pelajar-pelajar tiba disekolah tanpa didikan asas samaada berkaitan soal agama atau akademik . Justeru , tidak hairanlah sekolah meletakkan harapan besar untuk dijadikan 'sekolah angkat' pada ketika itu .
Kitaran Sengsara tanpa makhluk PEDULI
Kisah-kisah ini adalah kisah kitaran sengsara. Apabila ibubapa tak terdidik , agak tak mungkin untuk anak-anak terdidik . Seterusnya anak-anak tak terdidik ini membesar dan mengisi masyarakat , dan perkara yang sama akan berlaku pada generasi anak-anak seterusnya . Kitaran ini akan terus berjalan , maka kehadiran makhluk 'PEDULI' dikalangan pendakwah adalah perlu untuk mengisi ruang ruang yang memerlukan bantuan . Kitaran ini juga akan menjadi lebih lancar jika pihak berwajib terutamanya kerajaan tidak memainkan peranan yang sepatutnya . Kerajaan perlu memandang serius permasalah ini , dan seluruh jentera kerajaan perlu digerakkan untuk mendidik masyarakat atau rakyat supaya lebih terdidik . Minda rakyat perlu diubah , media massa merupakan saluran cetusan minda yang mempunyai pengaruh yang kuat pada pembentukan minda rakyat . Melihat pada situasi hari ini , adalah tidak menghairankan apabila permasalahan pendidikan membarah , sekadar sifir mudah , rancangan berbentuk hiburan adalah dominan , rancangan keagamaan seperti bicara mufti, diletakkan di tengah malam diwaktu ramai rakyat tidur , maka itulah jawapannya . Saya sendiri mempersoalkan, kenapakah jadi begini ? Adakah kerajaan juga tak terdidik ? Boleh jadi . Maka tugas pendakwah menjadi semakin besar, dimana kerajaan yang kononya dikatakan terdidik juga adalah tak terdidik .
Begitulah betapa besarnya tugas pendakwah untuk memberi didikan . Diperingkat pelajar mungkin pendakwah mendidik melalui program motivasi dan sebagainya . Namun bagi mendidik kerajaan atau pemerintah , agak-agaknya bagaimanakah caranya ? Fikir-fikirkanlah .....






4 comments:
Alhamdulillah mudah2an jadi anak yg soleh. Pengalaman jadi bapa ni memang mengembirakan. Lebih-lebih lagi bila penat bekerja dan banyak urusan tengok telatah anak2 hilang semua kepenatan.
Selalu le ingat kita masa seusia sebaya mereka ni mungkin lebih nakal lagi kot..........
ye la tu, dulu masa nakal2 dulu mak larang jgn pergi mandi sungai...
Skrg ni dah ada anak menakan (anak.. soon) , baru dah dapat faham dan rasa , apa perasaan disebalik larangan tersebut.
Moga2 pengalaman dgn fe'il anak menakan, menjadi tips dan pengajaran utk menjadi bapa...
=)) :)] :)) testing ...
betul... betul... betul...
IMAN tak dapat diwarisi
Post a Comment