Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Sunday, August 31, 2008

Ia datang lagi...........

Ia datang lagi dengan seribu rahmat. Ramadan yang ku tunggu kembali lagi. Ianya suatu panggilan dari Ilahi untuk manusia yang beriman denganNya. Tidak ada bulan yang lebih mulia selain Ramadan.

Siangnya menahan diri dari melakukan perkara2 yang merosakan pahala puasa pada malamnya pula dihiasi dengan ibadat Tarawikh. Beruntung sungguhlah manusia yang benar2 memanfaatkan Ramadan dan sungguh rugi pula bagi yang mengabaikannya.

Sahabat-sahabatku marilah kita rebut peluang ini. Belum pasti kita dapat bertemu dengannya pada tahun mendatang dan belum tentu kita cukup sihat untuk menghadapinya pada masa akan datang.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Ambillah peluang ini mohon ampun dari Ilahi. Pintu rahmatnya dan keampunannya terbuka luas dan jangan pula diketuk pintu neraka yang ditutup olehNya. Banyakkan bersedekah walaupun dengan sebutir kurma.



Pandanglah dan carilah hamba-hamba Allah yang memerlukan. Bantulah semampu mungkin. Renungkanlah nikmatNya yang begitu banyak yang telah dilimpahkan kepada kita. Jadilah hambaNya yang bersyukur. Berjuanglah untuk kemenangan Islam. Bangkitlah dari lena tidurmu untuk Tuhammu. Bacalah Al-Quran agar ianya menjadi penawar bagi jiwa rohanimu.

Insaflah atas kesalahanmu. Yakinlah dengan janji Tuhanmu. Dia Maha Pengampun,Pengasih lagi Maha Penerima Taubat.Selamat Menyambut Ramadan Doaku bersamamu sentiasa

Thursday, August 7, 2008

Didikkan : Dari Anak Kecil Hingga Pemerintah

Amjad dan adik
Assalamualaikum,

Setelah beberapa hari tanpa posting, maka hari ini saya ingin membicarakan sesuatu untuk perkongsian . Minggu lepas saya baru sahaja balik dari Kuala Lumpur berikut saya terlibat dengan satu program anjuran Alif Consultant , program Ziarah Ukhwah dan Motivasi di Asrama PEYAKIN , Meru , Klang dan di Maahad Tahfiz , Sg Besar . Saya bersama sahabat Alif seharian berprogram di Selangor .

Minggu lepas juga semasa saya masih di Selangor , saya menerima berita akan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga saya, tapi bukan anak saya, tetapi anak saudara saya. Alhamdulillah , bayi comel selamat dilahirkan pada 27 Julai 2008 , pada lebih kurang jam 9.30 pagi . Berita itu saya terima sehari selepas program Ziarah Ukhwah, yang mana pada ketika itu , saya masih di rumah Akhi Sabir , Pengasas Alif Consultant , juga orang yang banyak membimbing saya.
Pada tahun 2008 ini, kerap juga saya ke Kuala Lumpur , jadi antara tempat tujuan saya salah satunya ialah Bukit Mahkota, rumah Akhi Sabir selain UTMKL .

Anak tercorak dari Ibubapa
Rasa ingin pada kanak-kanak atau anak-anak adalah naluri . Saya sendiri tidak boleh menafikan tentang naluri itu pada diri saya . Pada hari Isnin, selepas balik dari kerja, itulah kali pertama saya menatap anak menakan (bahasa orang kedah bagi anak saudara) yang 'cute' . Comel dan kecil lagi, biasalah tu, baru berumur sehari . Memang anak ini adalah rahmat Allah dan rezeki dari Allah .

Bila memikirkan kehadiran orang baru agak menggamatkan rumah kami .
Suasana gamat dengan karenah pada Amal Amjad (Abang Long pada bayi) yang cemburu apabila takhtanya direbut. Mungkin pada nalurinya dia merasakan kasih ibunya sudah beralih. Jika tidak , dialah 'hero' didakapan ibu . Kedatangan adiknya , membuatkan dia resah . Kadang-kadang saya sendiri lemas dengan Amjad .

Jangan diusik, baru sahaja mulut dicebikkan, kemudian terus menangis . Memang agak manja abang Long. Begitulah fe'ilnya, kedatangan adik ini membuatkan perasaannya meletus . Maka ayahnyalah memainkan peranan memujuknya.

Walaupun Amjad merupakan seorang kanak-kanak cepat menangis apabila diusik . Namun, dia merupakan antara kanak-kanak yang saya rasa agak istimewa. Umurnya baru 2 tahun, tetapi anda semua mungkin terkedu apabila mendengar dia bernasyid. Kadang-kadang sambil tangannya bermain lori mainannya , terkeluar dari mulutnya ,

" Ilahi lastu lil firdaus si ahla , wala aquwa a'lannaril jahim.... fahabl itaubatan waghfir zunubi...
fainna kagho... firuzanbi... Azimi.... " sehingga habis dia nyanyi .... (doa rabiatul adawiyah yang telah dinasyidkan)

Saya sendiri, pada pertama kali dengar... macam tak percaya . Saya ingat dia hanya mampu , menasyidkan separuh sahaja. Rupa-rupanya sampai habis . Bukan setakat itu sahaja, bahkan nada sebutan dia juga adalah teratur seperti asal , jika pada tempat perlu dipanjang dia panjangkan. Memang terkedu saya bila mendengarnya .

Kakak dan Abang ipar saya selalu nasyid padanya sebelum tidur dan diwaktu lapang. Sambil Amjad mendapat belaian, sambil mendengar nasyid . Kakak saya merupakan seorang ustazah dalam bidang pengkhususan Al-Quran tarannum , manakala Abang Ipar , merupakan lepasan Diploma Tahfiz Quran dan sedang menuntut di INSANIAH untuk program Sarjana Muda Syariah .

Anak-anak di PEYAKIN
Berbicara tentang anak-anak, lain pula kisahnya di Asrama PEYAKIN yang telah saya lawati . (Ikuti kisah PEYAKIN , ikuti link )Menurut Ustaz Rahim Sarbini iaitu warden asrama, dalam dialog saya bersamanya. Salahsatu ciri-ciri anak-anak yang diterima masuk ke PEYAKIN adalah anak-anak terbiar . Mengikut ceritanya, ramai dikalangan anak-anak di PEYAKIN adalah daripada anak-anak yang dibiarkan oleh ibu-bapa. Ada kes disitu yang, ibubapa tidak mahu mengaku anak, lalu dibiarkan . Ada kelurga yang simpati dengan si anak tersebut, lalu mengambil anak tersebut sabagai anak angkat. Mungkin disebabkan kurang kemampuan untuk menanggung anak tersebut, lalu dihantar anak tersebut ke Asrama PEYAKIN.

Ada juga kes yang ibubapa anak-anak bercerai, lalu si ibu menghantar anak ke PEYAKIN . Saya sendiri yang mendengar cerita beliau (Ust Rahim) , agak terkedu... , kesedihan , mengbayangkan peritnya anak-anak tersebut . Apalah salah mereka , mereka mangsa konflik ibubapa . Mendengar cerita dari Ustaz Rahim, fikiran saya ligat memikirkan , kenapa jadi begini ? Oh boleh jadi inilah kesannya apabila manusia itu meninggalkan Islam . Apabila Islam ditinggalkan dalam diari kehidupan seseorang manusia, maka nantikanlah kerosakan ; saya berfikir sendirian.

Renungan dan Perspektif
Menilai pada situasi kehadiran kami (sahabat Alif) ke PEYAKIN juga, satu lagi kesimpulan awal yang saya buat , memang sohihlah bahawa "tanggungjawab adalah lebih besar daripada masa dan bilangan pendakwah yang ada" . Medan untuk memberi sumbangan sangat luas , kedatangan ke PEYAKIN bukanlah kali pertama saya mendapat permintaan untuk terus datang lagi untuk memberi sumbangan . Pernah pada 3 tahun lepas saya bersama sahabat dari Kolej Pertama UTMKL menganjurkan program motivasi sekolah , di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang , Baling . Pihak pentadbiran sekolah telah meminta supaya sekolah mereka dijadikan 'sekolah angkat' Kolej Pertama UTMKL . Begitulah besar permintaan mereka, ekoran kekurangan dan kedhoifan pendidikan pelajar luar bandar .

Saya merasakan , pergilah dimana pelusuk dunia pun, permintaan-permintaan untuk dibantu dan membuat perubahan kepada pembaikan dan kebaikan adalah sentiasa ada, bahkan tak menang tangan. Jadi, ini menuntut kepada kaderisasi penggerak dakwah . Ketumpulan gerakan melahirkan kaderisasi penggerak dakwah akan menyebabkan barah permasalahan pendidikan kian meruncing. Kisah di PEYAKIN menunjukkan kisah anak terabai kesan daripada ibubapa yang hanyut tanpa didikan agama. Kisah di SMK Jerai pula adalah kisah ibubapa yang tidak mengambil berat hal ehwal pendidikan dan pengajian anak-anak , dimana mereka menyerahkan hampir semua tugasan didikan pada guru . Pelajar-pelajar tiba disekolah tanpa didikan asas samaada berkaitan soal agama atau akademik . Justeru , tidak hairanlah sekolah meletakkan harapan besar untuk dijadikan 'sekolah angkat' pada ketika itu .

Kitaran Sengsara tanpa makhluk PEDULI
Kisah-kisah ini adalah kisah kitaran sengsara. Apabila ibubapa tak terdidik , agak tak mungkin untuk anak-anak terdidik . Seterusnya anak-anak tak terdidik ini membesar dan mengisi masyarakat , dan perkara yang sama akan berlaku pada generasi anak-anak seterusnya . Kitaran ini akan terus berjalan , maka kehadiran makhluk 'PEDULI' dikalangan pendakwah adalah perlu untuk mengisi ruang ruang yang memerlukan bantuan . Kitaran ini juga akan menjadi lebih lancar jika pihak berwajib terutamanya kerajaan tidak memainkan peranan yang sepatutnya . Kerajaan perlu memandang serius permasalah ini , dan seluruh jentera kerajaan perlu digerakkan untuk mendidik masyarakat atau rakyat supaya lebih terdidik . Minda rakyat perlu diubah , media massa merupakan saluran cetusan minda yang mempunyai pengaruh yang kuat pada pembentukan minda rakyat . Melihat pada situasi hari ini , adalah tidak menghairankan apabila permasalahan pendidikan membarah , sekadar sifir mudah , rancangan berbentuk hiburan adalah dominan , rancangan keagamaan seperti bicara mufti, diletakkan di tengah malam diwaktu ramai rakyat tidur , maka itulah jawapannya . Saya sendiri mempersoalkan, kenapakah jadi begini ? Adakah kerajaan juga tak terdidik ? Boleh jadi . Maka tugas pendakwah menjadi semakin besar, dimana kerajaan yang kononya dikatakan terdidik juga adalah tak terdidik .

Begitulah betapa besarnya tugas pendakwah untuk memberi didikan . Diperingkat pelajar mungkin pendakwah mendidik melalui program motivasi dan sebagainya . Namun bagi mendidik kerajaan atau pemerintah , agak-agaknya bagaimanakah caranya ? Fikir-fikirkanlah .....

Makin Mengaji Makin Tak Tahu

Teringat masa mengaji cara kampung dengan ustaz semasa awal belasan tahun dahulu.Ustaz kerap berkata makin mengaji makin tak tahu. Masa tu memang tak faham dan saje buat-buat faham je le. Maklumlah tak berapa berani nak tanya lebih-lebih ngan ustaz.

Ada la ustaz explain tapi tak faham juga. Bila dah lama ikut pengajian dan majlis ilmu baru teringat balik kata-kata ustaz. "Hang bila mengaji banyak hang akan tau banyak lagi yang hang tak tau. Tapi kalau hang tak ngaji hang rasa macam hang dah tau semua".

Itulah yang kerap terngiang-ngiang kat telinga sekarang ni. Bila kita makin mengaji dan belajar (bersungguh-sungguh) baru kita sedar, ilmu yang ada kat diri ni sangat sedikit. Terlalu banyak lagi yang kita tak tahu. Apatah lagi kalau kita sendiri malas nak explore.

Hari ni kita diberi peluang pula dengan teknologi maklumat. Berapa ramai pula yang manfaatkan untuk Islam? Ada pula kekawan yang rasa janggal bila dengar pasal blog. Ada juga kekawan yang saya hubungi email pun tak ada. Yang ada email pula jarang2 buka email. Ada pula ada email password pun lupa. Ada pelbagai macam jawapan bila diajukan ada dengar maklumat latest tentang Islam kat blog atau internet. Mungkin sibuk agaknya....tapi sibuk apa pula ye...entah le payah nak komen ni.

Makin mengaji makin tak tahu......memberi makna yang besar pada saya. Saya bersyukur masih diberi kekuatan oleh Maha Pencipta untuk terus belajar. Insya Allah 24 Ogos 2008 ni bergelar student kembalilah saya dan beberapa Sahabat Alif di UKM dalam Pengajian Syariah.

Doakanlah saya dengan kesihatan, kerahmatan dan kekuatan untuk teruskan perjuangan ini .

Sunday, August 3, 2008

Bengkel Tuntutan & Penghayatan Solat

Alhamdulillah pagi tadi program Bengkel Tuntutan dan Penghayatan Solat telah berjalan dengan sempurna. Kedatangan bukan sahaja dari kalangan remaja bahkan golongan dewasa dan warga tua juga tidak ketinggalan menghadiri program ini. Walaupun program ini dijalankan dalam masa yang agak singkat sekitar 2 ke 3 jam, kebanyakan respon yang diterima mengharapkan program seperti ini patut diadakan dengan lebih meluas lagi.Kami ingin mengucapkan syabas kepada Belia Surau Al-Ikhlas yang telah menganjurkan program seumpama ini. Insya Allah kami berharap dapat menyumbang untuk program2 seumpama ini di lain masa.Gambar akan menyusul kemudian