Salam Sejahtera...
Minggu lepas baru sahaja saya menonton satu movie yang penuh aksi . Hasil tontonan itu, maka lahirlah rasa ingin tahu tentang "Favela" yang telah saya tajukkan ini. Maka, diatas rasa ingin tahu itu menggerakkan saya untuk mendapatkan maklumat dan membaca tentang . Boleh jadi anda semua juga seperti saya sebelum ini .
Rasanya ingin tahu itu tercetus apabila salah satu 'scenes' movie yang saya tonton melatarkan tema kehidupan masyarakat di 'Favela' . Mungkin selama ini 'favela' yang saya temui tak sebesar mana. Tapi 'favela' yang saya lihat dari latar filem itu adalah komuniti favela yang terbesar di dunia. Bercakap tentang 'favela' ni, saya teringat akan sahabat saya yang pernah tinggal di 'favela' untuk beberapa tahun.
Favela oh Favela
Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu 'favela' . Favela adalah perkataan Brazil yang membawa maksud 'Squatter Camp' yang lebih dikenali oleh orang Malaysia dengan 'setinggan' . Ia juga dipanggil 'Shanty Town' . 'Favela' di Brazil cukup unik dan mempunyai sejarah dan kelainannya yang tersendiri.
Kebanyakan 'favela' mempunyai elektrik tetapi kebayakannya ianya disambung secara haram daripada talian kabel awam. Favela pula dibina daripada pelbagai bahan , ia bermula daripada batu bata sehinggalah kepada sampah yang dikitar guna. Favela yang dibina pula sangat rapat dan seolah-olah bercamtum. Oleh yang demikian mereka menghadapi masalah pencemaran , kumbahan dan jenayah.
Favela yang tidak kurang terkenalnya terletak di Rio De Jeneiro , Brazail yang mana secara keseluruahan hampir separuh daripada bandar tersebut terdiri daripada 'Favelas'.
Favela Rocinha Yang Unik
Di Rio De Janeiro, Brazil , boleh dikatakan setiap 1 daripada 4 penempatan penduduk di sana adalah di Favela . Umumnya undang-undang Brazil tidak mengiktiraf kewujudan Favela sebagai satu entiti yang sah.
Sejarah ringkas bagaimana wujudnya favela
Nama 'favela' berasal daripada nama satu species tumbuhan yang mempunyai daun berduri yang tumbuh di semi-arid North-East region.
Segalanya berbibit daripada tindakan pelarian dan bekas tentera yang terlibat dalam perang Canudos Civil War (1895-1896) di Bahia yang mana menuntut tanah awam di kawasan bukit di Rio yang dipanggil Morro da ProvidĂȘncia, disebabkan kegagalan kerajaan untuk rumah untuk mereka. Bekas-bekas tentera ini kemudian menamakan diri mereka Morro da Favela selepas tumbuhan ni mempunyai kaitan dengan kemenangan mereka ke atas gerila .
Beberapa tahun berlalu, ramai hamba kulit hitam telah bebas turut serta membina penempatan di Favela, berpunca daripada negara yang miskin seterusnya menggantikan pelarian asal sebagai etnik majoriti. Walau bagaimana pun , lama sebelum penempatan itu menjadi Favela , golongan Hamba Kulit hitam ini telah pun dihalau keluar dari pekan ke perkampungan kecil di pedalaman. Maka Favela adalah pilihan terbaik untuk mereka. Ini kerana dapat memudahkan mereka untuk bekerja tanpa perlu memikirkan penempatan mereka diiktiraf atau tidak.
*Nota kakiWar of Canudos adalah satu konflik antara negara Brazil dan satu kumpulan 30000 pemisah yang telah menjadikan penempatan mereka di barat daya negeri Bahia , yang bernama Canudos. Selepas beberapa tekanandalam berbentuk ketenteraan telah dibuat tidak berjaya, kemudiannya bertukar menjadi keganasan dan tekanan terakhir pada oktober 1897 , apabila tentera Brazil mengenakan serangan habis-habisan keatas penempatan tersebut dengan membunuh sebahagian besar penduduk di penempatan tersebut.






0 comments:
Post a Comment