Saturday, June 21, 2008

LUASNYA ILMU ALLAH

Salam perkenalan semua,

Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Al-Kahfi ayat 109)


Persoalan ilmu merupakan perkara asas yang keperluan hidup manusia. Sejak kelahiran Nabi Adam a.s. lagi Alllah telah menjelaskan dan mengajarkan kepada manusia tentang keilmuan. Zaman yang berubah dengan perkembangan ilmu tidak dapat di sekat. Kita telah melihat begitu banyak peninggalan sejarah yang membuktikan perkembangan ilmuyang berterusan.

Hari ini pula dengan kecanggihan teknologi telah mengubah kehidupan insan. Sama ada menjadi lebih baik atau lebih hina bergantunglah bagaimana ilmu itu diterima dan yang lebih penting ianya dilaksana. Keutamaannya sebenarnya ialah ilmu yang dikembangkan itu mampu memberi satu peringatan dan renungan kepada insan untuk menilai dan meneliti bahawa segalanya datang dari suatu kuasa yang MahaBesar. KeizinanNya memberi kekuatan kepada insan untuk memikir, mengolah dan mencipta sesuatu. Hanya insan yang memikir sahaja akan dapat megenal dan memahami serta menerima dengan hati yang tulus. Tidak mungkin segalanya berlaku kerana kebetulan, secara semulajadi (natural) atau fenomena alam.

Lihat firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al-Mu'min ayat 57)

Ilmu yang dilontarkan kepada manusia terlalu kecil berbanding penciptaan manusia itu sendiri. Apa lagi perkara-perkara yang dicipta manusia! Sekiranya penciptaan manusia itu sendiri kecil mana mungkin manusia yang kecil mampu mencipta sesuatu yang lebih besar melepasi pemikiran dan ideanya.

Peringatan dari Al-Quran amat perlu diperhatikan. Bukan sekadar membaca tapi memahami, menghayati, melaksana dan akhirnya kembali kepangkuan Ilahi dengan keredhaanNya. Luasnya Ilmu Allah.........

Wassalam.

Mosa 22 Jun 2008

0 comments:

Post a Comment