Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Monday, June 23, 2008

Effective Reading Skills 1

The triple 'S' technique

Introduction

There are different ways to cover text other than reading it line by line. Even if you are not aware of it, you may already perform these methods of collecting information when you read a textbook. The three types of reading you can use when studying, science, history, etc., are skimming, scanning, and studying.

Skimming

Skimming is covering the chapter to get some of the main ideas and a general overview of the material. It is what you do first when reading a chapter assignment. You don’t read for details at this point. Here is how you skim a chapter:

  • Read the first paragraph of the chapter line by line.

  • Next, read all the bold print headings starting at the beginning.

  • Read the first sentence of every paragraph.

  • Study any pictures, graphs, charts, and maps.

  • Finally, read the last paragraph of the chapter.

As you skim, you could write down the main ideas and develop a chapter outline.

Scanning

Scanning is what you do to find an answer to a specific question. You may run your eyes quickly down the page in a zigzag or winding S pattern. If you are looking for a name, you note capital letters. For a date, you look for numbers. Vocabulary words may be boldfaced or italicized. When you scan for information, you read only what is needed.

Studying

Studying is the third type of reading. This is when you actually read the whole chapter, line by line, for total comprehension. You are now actively reading to understand what is really going on in the chapter.

Once you get the skimming, scanning and studying down pat, you are ready to move on to the SQ3R reading method which employs all three techniques.

Alif Menu Purpose5

Alif Menu Purpose4

Alif Menu Purpose3

Alif Menu Purpose2

Alif Menu Purpose1

Delegasi Kemboja , Feb 2008

Pada 7 - 9 Februari yang lalu, Alif Consultant yang terdiri daripada 7 orang peserta telah menjayakan satu program delegasi ke negara 70an Kemboja (Cambodia) . Sahabat Alif berlepas dari KLIA pada jam 10.00 pagi dan tiba di Kemboja kira-kira sejam kemudian. Secara kronologinya delegasi 'Sahabat Alif' adalah seperti berikut .......

7 Feb 2008, Khamis


Tiba di Castle Hotel yang terletak di bandar Phnom Penh iaitu Ibu negara Kemboja.


Pengerusi Alif sedang berbincang dengan Sahabat Alif Kemboja.


Inilah Masjid terbesar dan tercanggih di Kemboja , ia terletak di bandar Phnom Penh.


Singgah sebentar di Masjid untuk menunaikan kewajipan Solat.


Beginilah keadaan dalam Masjid Phnom Penh.


Salahsatu institusi peningkatan kualiti hidup yang terletak di kawasan Masjid.


Boleh jadi inilah garaj bas terbaik bagi pelajar yang menuntut di institusi tersebut.


Sahabat Alif menyampaikan telekung dan Al Quran untuk penuntut institusi tersebut.


Destinasi seterusnya , Pejabat Mufti Kemboja, juga terletak di bandar Phnom Penh ; Kelihatan mufti sedang menceritakan sesuatu kepada Sahabat Alif .


Bergambar bersama Mufti Kemboja , Hj Kamaruddin Yusof.


Bersembang dan bersalaman dengan staff di pejabat Mufti sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Singgah di kedai "Generator" penjana kuasa elektrik untuk disampaikan kepada Masjid pedalaman yang memerlukan.




















Pada sebelah malamnya Program bersama pelajar di Cambodia Islamic College (CIC) .
Sahabat Alif , Ustaz Nasir sedang menyampaikan ucapan kepada pelajar-pelajar Islam di CIC dan diterjemahkan oleh Sahabat Alif Kemboja, Ashari Ayob.















Inilah anak-anak harapan agama dan bangsa .... saudara seaqidah di kemboja .















Sahabat Alif bergambar ketika menyampaikan sumbangan Al Quran daripada masyarakat Islam Malaysia kepada pelajar-pelajar.















Acara larut malam; mencari teh tarik di kedai Usahawan Melayu Malaysia yang berniaga di Kemboja .




Banyak betul ceritanya sampai dah nak balik pun tak habis cerita lagi. Biasa la tu 'businessman'

















8 Feb 2008 , Jumaat



bersambung

Saturday, June 21, 2008

LUASNYA ILMU ALLAH

Salam perkenalan semua,

Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Al-Kahfi ayat 109)


Persoalan ilmu merupakan perkara asas yang keperluan hidup manusia. Sejak kelahiran Nabi Adam a.s. lagi Alllah telah menjelaskan dan mengajarkan kepada manusia tentang keilmuan. Zaman yang berubah dengan perkembangan ilmu tidak dapat di sekat. Kita telah melihat begitu banyak peninggalan sejarah yang membuktikan perkembangan ilmuyang berterusan.

Hari ini pula dengan kecanggihan teknologi telah mengubah kehidupan insan. Sama ada menjadi lebih baik atau lebih hina bergantunglah bagaimana ilmu itu diterima dan yang lebih penting ianya dilaksana. Keutamaannya sebenarnya ialah ilmu yang dikembangkan itu mampu memberi satu peringatan dan renungan kepada insan untuk menilai dan meneliti bahawa segalanya datang dari suatu kuasa yang MahaBesar. KeizinanNya memberi kekuatan kepada insan untuk memikir, mengolah dan mencipta sesuatu. Hanya insan yang memikir sahaja akan dapat megenal dan memahami serta menerima dengan hati yang tulus. Tidak mungkin segalanya berlaku kerana kebetulan, secara semulajadi (natural) atau fenomena alam.

Lihat firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al-Mu'min ayat 57)

Ilmu yang dilontarkan kepada manusia terlalu kecil berbanding penciptaan manusia itu sendiri. Apa lagi perkara-perkara yang dicipta manusia! Sekiranya penciptaan manusia itu sendiri kecil mana mungkin manusia yang kecil mampu mencipta sesuatu yang lebih besar melepasi pemikiran dan ideanya.

Peringatan dari Al-Quran amat perlu diperhatikan. Bukan sekadar membaca tapi memahami, menghayati, melaksana dan akhirnya kembali kepangkuan Ilahi dengan keredhaanNya. Luasnya Ilmu Allah.........

Wassalam.

Mosa 22 Jun 2008

Thursday, June 19, 2008

'Favela' the story

Salam Sejahtera...

Minggu lepas baru sahaja saya menonton satu movie yang penuh aksi . Hasil tontonan itu, maka lahirlah rasa ingin tahu tentang "Favela" yang telah saya tajukkan ini. Maka, diatas rasa ingin tahu itu menggerakkan saya untuk mendapatkan maklumat dan membaca tentang . Boleh jadi anda semua juga seperti saya sebelum ini .
Rasanya ingin tahu itu tercetus apabila salah satu 'scenes' movie yang saya tonton melatarkan tema kehidupan masyarakat di 'Favela' . Mungkin selama ini 'favela' yang saya temui tak sebesar mana. Tapi 'favela' yang saya lihat dari latar filem itu adalah komuniti favela yang terbesar di dunia. Bercakap tentang 'favela' ni, saya teringat akan sahabat saya yang pernah tinggal di 'favela' untuk beberapa tahun.

Favela oh Favela



Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu 'favela' . Favela adalah perkataan Brazil yang membawa maksud 'Squatter Camp' yang lebih dikenali oleh orang Malaysia dengan 'setinggan' . Ia juga dipanggil 'Shanty Town' . 'Favela' di Brazil cukup unik dan mempunyai sejarah dan kelainannya yang tersendiri.
Kebanyakan 'favela' mempunyai elektrik tetapi kebayakannya ianya disambung secara haram daripada talian kabel awam. Favela pula dibina daripada pelbagai bahan , ia bermula daripada batu bata sehinggalah kepada sampah yang dikitar guna. Favela yang dibina pula sangat rapat dan seolah-olah bercamtum. Oleh yang demikian mereka menghadapi masalah pencemaran , kumbahan dan jenayah.
Favela yang tidak kurang terkenalnya terletak di Rio De Jeneiro , Brazail yang mana secara keseluruahan hampir separuh daripada bandar tersebut terdiri daripada 'Favelas'.

Favela Rocinha Yang Unik


Di Rio De Janeiro, Brazil , boleh dikatakan setiap 1 daripada 4 penempatan penduduk di sana adalah di Favela . Umumnya undang-undang Brazil tidak mengiktiraf kewujudan Favela sebagai satu entiti yang sah.

Sejarah ringkas bagaimana wujudnya favela

Nama 'favela' berasal daripada nama satu species tumbuhan yang mempunyai daun berduri yang tumbuh di semi-arid North-East region.

Segalanya berbibit daripada tindakan pelarian dan bekas tentera yang terlibat dalam perang Canudos Civil War (1895-1896) di Bahia yang mana menuntut tanah awam di kawasan bukit di Rio yang dipanggil Morro da ProvidĂȘncia, disebabkan kegagalan kerajaan untuk rumah untuk mereka. Bekas-bekas tentera ini kemudian menamakan diri mereka Morro da Favela selepas tumbuhan ni mempunyai kaitan dengan kemenangan mereka ke atas gerila .

Beberapa tahun berlalu, ramai hamba kulit hitam telah bebas turut serta membina penempatan di Favela, berpunca daripada negara yang miskin seterusnya menggantikan pelarian asal sebagai etnik majoriti. Walau bagaimana pun , lama sebelum penempatan itu menjadi Favela , golongan Hamba Kulit hitam ini telah pun dihalau keluar dari pekan ke perkampungan kecil di pedalaman. Maka Favela adalah pilihan terbaik untuk mereka. Ini kerana dapat memudahkan mereka untuk bekerja tanpa perlu memikirkan penempatan mereka diiktiraf atau tidak.

*Nota kaki

War of Canudos adalah satu konflik antara negara Brazil dan satu kumpulan 30000 pemisah yang telah menjadikan penempatan mereka di barat daya negeri
Bahia , yang bernama Canudos. Selepas beberapa tekanandalam berbentuk ketenteraan telah dibuat tidak berjaya, kemudiannya bertukar menjadi keganasan dan tekanan terakhir pada oktober 1897 , apabila tentera Brazil mengenakan serangan habis-habisan keatas penempatan tersebut dengan membunuh sebahagian besar penduduk di penempatan tersebut.



Mengenali Kami....

LOGO


MATLAMAT

Membimbing dan membentuk masyarakat melalui ilmu bagi melahirkan insan yang:
  • Berkebolehan
  • Berpandangan jauh
  • Mempunyai keyakinan diri
  • Taat perintah agama
  • Menjadi contoh kepada generasi seterusnya

OBJEKTIF
  • Melaksanakan kerja-kerja dakwah dan amal secara kolektif, kreatif dan inovatif
  • Menerapkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam membantu masyarakat
  • Melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam melaksanakan kerja-kerja amal

MOTTO

"Berubah Dengan Ilmu"

"Transform With Knowledge"


PRINSIP
  • Ikhlas
  • Ihsan
  • Amal Jamaie
  • Kredibiliti
  • Hijrah

MISI
  • Memberi khidmat perundingan dan motivasi kepada masyarakat
  • Membimbing remaja dan belia berteraskan ilmu dan kemahiran
  • Membantu umat Islam yang memerlukan merentasi sempadan dan pemikiran

TAWARAN KAMI UNTUK SEMUA
  • Bengkel Peningkatan Kualiti Solat
  • Bengkel Ibadah
  • Kursus Mengenal Diri dan Pencipta
  • Bengkel Motivasi Sekolah
  • Kursus Kepimpinan Pelajar
  • Kem Remaja
  • Kursus Keluarga Bahagia
  • Kursus Pengurusan Strategik
  • Kursus Pengurusan Masa
  • Seminar/Pembentangam dan lain-lain



Wednesday, June 18, 2008

Hubungi Kami...

Webblog Administrator
Jill Al Farouq
Location: Hitech Kulim
Email :


Members with Dr Sos Mousine (Ministry of Rural Developement Cambodia)


Alifconsultant Owner / Founder



Mohamed Sabir Jamaludin
Location : Bukit Mahkota , Selangor and Kuala Lumpur
Email : mosa07@gmail.com

Members


Abg Zul
Location: Setapak Indah , Kuala Lumpur



Arifin Mohamed
Location: Rawang , Selangor
Email : ariffin69@gmail.com



Azizi Shukri Abdul Shukor
Location: B. Mahkota, Selangor
Email :jisyukran@gmail.com



Mohamad Asri Abdul Wahid
Location: Setapak, Kuala Lumpur
Email : asri.wahid08@gmail.com



Zikrullah Ismail
Location : Kulim, Kedah, Penang & Kuala Lumpur
Email : zikrullahismail@yahoo.com or zikrullahismail@gmail.com
Blog : http://kalam-bicara.blogspot.com/



Mohamad Amin Shaie
Email :ust.amin@gmail.com



Mohd Aafiffuddin Mohd Azhar
Location: Keramat , Selangor
Email : m.aafiffuddin@gmail.com



Asyari Ayob
Location: Pnom Penh , Cambodia
Email : asyari.ajk@gmail.com