Merekalah orang-orang yang kafir yang menghalangi kamu dari (masuk) Masjidil Haram dan menghalangi haiwan korban sampai ke tempat (penyembelihan)nya. Dan kalau tidaklah karena laki-laki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukmin yang tiada kamu ketahui, bahwa kamu akan membunuh mereka yang menyebabkan kamu ditimpa kesusahan tanpa pengetahuanmu (tentulah Allah tidak akan menahan tanganmu dari membinasakan mereka). Supaya Allah memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Sekiranya mereka tidak bercampur-baur, tentulah Kami akan mengazab orang-orang yang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih. (Al-Fath 25)
Hari- hari yang dibenarkan bertakbir raya Eidul Adha telah tamat. Ibadah sembelihan tidak boleh dinamakan korban lagi. Jemaah haji telah selesai pantang larang haji. Ada yang terus dengan ibadah sunat sementara menunggu masa pulang ke tanah air. Tidak kurang juga yang mula shopping untuk membeli barangan untuk dibawa pulang untuk saudara mara di kampung. Walaupun terpaksa beli barangan jubah, serban dan pelbagai barangan made in China.
Adakah telah selesai pengorbanan? Sama ada yang ke Mekah buat ibadah haji atau yang tinggal di tanahair ? Ini suatu persolan yang wajar kita renungkan. Bagi jemaah yang sedang dan dalam perjalanan balik Haji sekiranya beranggapan telah selesailah segala penat lelah dan ujian di tanah suci sebagai tamatnya pengorbanan. Maka itu pastilah satu tanggapan yang silap.
Begitu juga bagi yang tidak ke tanah suci tetapi merayakan Eidul Adha dengan penyembelihan korban beranggapan telah sampailah korbanku dan selesailah pengorbananku maka ianya juga satu kesilapan.
Selayaknya kita perlu merenung adakah kita sebenarnya-benarnya telah berkorban untuk menjadi hamba Allah? Atau mungkin juga kita wajar memikirkan sama ada sudah mula atau belum lagi melangkah untuk berkorban?
Masa,kita peruntukkan untuk siapa dan bagaimana?
Ilmu, kita manfaat dan kongsi dengan siapa?
Harta, kita dapat dan belanja ke mana?
Kudrat, kita gunakan untuk siapa dan untuk apa?
Kasih sayang, kita beri dan curahkan ke mana?
Nikmat, kita syukuri kepada siapa?
Kesihatan baik, bagaimana kita hargainya?
Dimana pengorbanan kita?
Adakah cukup dengan wang ringgit yang kita taburkan sebagai tiket pengorbanan? Adakah cukup dengan sembelihan korban sahaja?
Adakah cukup dengan zakat fitrah kita sahaja?
Adakah cukup dengan senyuman sahaja?
Adakah cukup dengan keluhan sahaja?
Adakah cukup dengan doa sahaja?
Ingatlah para Nabi dan Rasul melakukan pengorbanan lebih dari apa yang mampu kita coretkan. Sudahkan kita melangkah ke arah pengorbanan yang sebenarnya?
Renungkan, fikirkan,bertindaklah segera..........
.







0 comments:
Post a Comment