"Assalamualaikum Azizi amacam dah ready ke?". Saya call tanya dah siap ke nak ke KL.
Jam menunjukkan jam 6.20 pagi.
"Ok, dah siap jap lagi sampai." Jawab Azizi ringkas.
"Ok, kita kena pi KL dulu nak ambil fasilitator kemudian terus ke Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan Subang Jaya", saya beri penjelasan tentang trip pagi ini.
"Yang penting kita kena sampai sebelum jam 8.30 pagi", saya menambah lagi.
Sebuah kereta Peugeot dan lima buah motorsikal yang terdiri dari Fasilitator dariUniversiti Teknologi Malaysia berkonvoi dengan kerata saya terus menuju ke Subang Jaya.
"Alamak! Budak-budak motor ni tak masuk laluan sikal pula, nanti kena saman dengan polis masalah ni", saya dan Asri mula memandang Fasi yang mengekori kereta kami.
"Lagi pula ada seorang yang bawa motor tak ada lesen pulak", saya diberitahu.
Tak berapa lama kemudian kami ternampak polis buat sekatan di laluan sikal.
"Mujur budak-budak Fasi tu tak ikut laluan sikal kalau tidak ada harapan seorang yang tak de lesen tadi dah sangkut", saya kata kat Azizi dan Asri.
Mungkin dah niat kita baik Allah tolong gamaknya saya berbisik dalam hati.
Tiba di Sekolah para pelajar seramai 70 orang yang bakal menduduki UPSR tahun ini sudah berada di kawasan sekolah. Ustaz Esa Mostapa selaku perancang utama program ini telah awal-awal lagi menunggu dan menyambut kedatangan kami.
Program ini adalah anjuran pihak Sekolah dan kami pula dari Alif Consultant menjadi tenaga utama dalam sessi Khemah Ibadah ini. Program yang bermula jam 9.00 pagi (Sabtu 18 Julai 2009) dan berakhir 4.30 petang (Ahad 19 Julai 2009).
Kami laksanakan yang terbaik bagi memastikan para pelajar mendapat manfaat dan beroleh ilmu sepanjang kami berinteraksi dengan mereka. Selesai program komen dari para pelajar ini majoritinya berharap masa untuk program perlu dilanjutkan lagi. Buat masa ini kami merasakan tempoh masa itu sudah memadai dan yang lebih utama melaksanakan apa yang telah diperolehi sepanjang Kem Ibadah tersebut.
Ok jom kita tengok gambar-gambar semasa program berlangsung.
Ustaz Esa Sedang Beri Taklimat
Pelajar Lelaki
Sessi Ceramah






0 comments:
Post a Comment