Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Wednesday, July 29, 2009

Aktiviti Alif Consultant

Kali ini Alif Consultant agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Julai 2009. Nak update blog pun agak terbatas. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan .

a) Khemah Ibadah KAFA Masjid Darul Ehsan 16-17 Julai


b) Ceramah Israk Miraj di Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras pada 24 Julai 2009



c) Ceramah Kepimpinan Pelajar di Paya Indah Wet Land pada 24 Julai 2009



d) Team Building Lambaian Ukhuwah Mahasiswa Madinah, Mekah& Riyad



f) Ceramah Mahasisiwa Meneladani Perjuangan Para Sahabat Rasulullah pada 29 Julai 2009.

g) Program seterusnya ceramah Israk Mi'raj di Lea Burnett 30 Julai 2009

h) Salam Kemboja, Phnom Penh pada 1-2 hb Aug 2009

Insya Allah gambar menyusul kemudian.



.

Sunday, July 19, 2009

Kem Ibadah Pelajar Subang Jaya

"Assalamualaikum Azizi amacam dah ready ke?". Saya call tanya dah siap ke nak ke KL.

Jam menunjukkan jam 6.20 pagi.

"Ok, dah siap jap lagi sampai." Jawab Azizi ringkas.

"Ok, kita kena pi KL dulu nak ambil fasilitator kemudian terus ke Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan Subang Jaya", saya beri penjelasan tentang trip pagi ini.

"Yang penting kita kena sampai sebelum jam 8.30 pagi", saya menambah lagi.


Sebuah kereta Peugeot dan lima buah motorsikal yang terdiri dari Fasilitator dariUniversiti Teknologi Malaysia berkonvoi dengan kerata saya terus menuju ke Subang Jaya.

"Alamak! Budak-budak motor ni tak masuk laluan sikal pula, nanti kena saman dengan polis masalah ni", saya dan Asri mula memandang Fasi yang mengekori kereta kami.

"Lagi pula ada seorang yang bawa motor tak ada lesen pulak", say
a diberitahu.

Tak berapa lama kemudian kami ternampak polis buat sekatan di laluan sikal.

"Mujur budak-budak Fasi tu tak ikut laluan sikal kalau tidak ada harapan seorang yang tak de lesen tadi dah sangkut", saya kata kat Azizi dan Asri.

Mungkin dah niat kita baik Allah tolong gamaknya saya berbisik dalam hati.

Tiba di Sekolah para pelajar seramai 70 orang yang bakal menduduki UPSR tahun ini sudah berada di kawasan sekolah. Ustaz Esa Mostapa selaku perancang utama program ini telah awal-awal lagi menunggu dan menyambut kedatangan kami.

Program ini adalah anjuran pihak Sekolah dan kami pula dari Alif Consultant menjadi tenaga utama dalam sessi Khemah Ibadah ini. Program yang bermula jam 9.00 pagi (Sabtu 18 Julai 2009) dan berakhir 4.30 petang (Ahad 19 Julai 2009).

Kami laksanakan yang terbaik bagi memastikan para pelajar mendap
at manfaat dan beroleh ilmu sepanjang kami berinteraksi dengan mereka. Selesai program komen dari para pelajar ini majoritinya berharap masa untuk program perlu dilanjutkan lagi. Buat masa ini kami merasakan tempoh masa itu sudah memadai dan yang lebih utama melaksanakan apa yang telah diperolehi sepanjang Kem Ibadah tersebut.

Ok jom kita tengok gambar-gambar semasa program berlangsung.

Ustaz Esa Sedang Beri Taklimat



Tok Guru Memantau

Dimulai Dengan Doa















Para Fasilitator


Pelajar Lelaki
















Pelajar Perempuan
















Latihan Dalam Kumpulan


Riadah Jangan Lupa















Sessi Ceramah














Terima Kasih Dari Kami

Sunday, July 12, 2009

Misi ke Vietnam Selesai

Welcome


Alhamdulillah akhirnya kami selesai menyempurnakan misi Alif Consultant menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada umat Islam Vietnam pada 3hb-5hb Julai 2009. Kepenatan dan keletihan bermula pada malam 2hb Julai 09 lagi, membuat persiapan terakhir sehingga melewati jam 2.00 pagi. Saya pula tidak dapat melelapkan mata kerana menanti seorang lagi sahabat Alif yang masih belum tiba walaupun jam sudah menunjukkan jam 4.00 pagi.

"Mana pula Faizi ni", saya mula merunggut dan risau. Maklumlah dia memandu seorang diri dari Johor dengan keletihan untuk tiba di rumah saya.

Saya mula tak senang duduk, SMS yang dihantar tak berbalas pula.

"Ah, risau pula dibuatnya", saya mula bersuara.

"Cuba call hp dia", suara Zikr kedengaran.

Saya terus call, HP berbunyi dan kemudian Faizi pun jawab.

"Syeikh anta kat mana ni?," saya bertanya.

"Dah kat Bukit Mahkota dah jap lagi sampai", katanya.

Lega rasanya bila Faizi jawab macam tu.

"Apa hal lambat sampai?", saya tanya Faizi.

"Ngantuk banyak kali berhenti tidur tak larat nak pandu kereta", katanya

Ok lah apa pun yang penting semua orang terdiri 8 orang telah bersedia bertolak ke Ho Chi Minh.

Inilah gambar-gambar untuk tatapan pengunjung. Kami telah menyampaikan amanah yang diberikan kepada kami Alif Consultant. Terima kasih atas kepercayaan anda semua. Salam sejahtera juga dari umat Islam Vietnam kepada semua penyumbang derma/zakat dari Malaysia.

Masjid Terindah di Ho Chi Minh


Presiden Islamic Community Vietnam















Bersama Pelajar Masjid Anwar


Tazkirah Maghrib














Sahabat Alif Bersama Pelajar


Sedikit Sumbangan














Masjid Dibina Oleh Mubaligh India


Sumbangan Al Quran














Sumbangan Zakat



Pemberian Beras Untuk Fakir Miskin















Rumah Orang Kampung


Generasi Penerus Warisan Agama




















Masjid di Kampung




Mercu Tanda Islam















Kenangan Bersama Penduduk



Perjalanan Balik ke Malaysia