Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Sunday, February 15, 2009

Kongsi Pengalaman di Mahaad Al Ansar



Memenuhi keperluan dan tanggungjawab terhadap pembentukan generasi mendatang Alif Consultant telah berjaya menganjurkan motivasi ke Mahaad Al-Ansar, Bestari Jaya pada 9hb Feb 09 yang lalu. Bermula program dengan slot ceramah, bengkel dan rumusan oleh Sahabat Alif kami rasa berpuas hati kerana dapat menyumbang tenaga demi memastikan para pelajar mendapat suntikan untuk terus berjaya dalamhidup.

Pihak sekolah pula amat berbesar hati menerima sedikit sumbangan dari kami dan mengharapkan agar kami dapat menyusun program bagi membantu meningkatkan mutu motivasi para pelajar.

Maklumlah sekolah yang agak jauh di pendalaman ini tidak mampu dari sudut kewangan untuk menjemput penceramah-penceramah yang 'top' bagi membantu para pelajar ini. Kami pula bukanlah yang terbaik tapi itu sahajalah yang mampu kami sumbangkan kepada mereka.


Mahaad ini amat memerlukan sumbangan dari sudut infra, program, idea dan sebagainya bagi membimbing para pelajar mencapai insan yang cemerlang. Kami mendapati para guru amat cekal dan tabah dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa mengeluh terhadap tugas mereka. Bahkan pula imbuhan yang diterima jauh sangat lebih kecil jika dibandingkan sekiranya mereka berkhidmat di sekolah bantuan penuh kerajaan. Allah jualah yang selayaknya memberi ganjaran kepada mereka.

Harapan kami kepada pengunjung blog Alif Consultant sekiranya berhasrat untuk membantu bolehlah menghubungi kami di mosa07@gmail.com

Bagi yang memerlukan khidmat kami boleh juga menghubungi untuk mengatur program dan sebagainya.

Kejayaan datang setelah usaha bersungguh-sungguh dilaksana.

Friday, February 13, 2009

Maahad Al Ansar : Terbang Menuju Cita-cita

Posting Baru Dikemaskini

"Terbang Menuju Cita-Cita"
suatu baitan ayat yang mempunyai maksud penting bagi program kami pada kali ini. Pada 9 Februari 2009 , Alif Consultant telah membuka tirai tahun 1430H dan 2009.

Baitan ayat diatas adalah suatu klimaks bagi aktiviti khidmat sosial Alif Consultant di Maahad Al Ansari, Bestari Jaya, Kuala Selangor.


Program motivasi pelajar Maahad Al Ansari ni berlangsung pada 9 Feb 2009 , kira-kira hampir setahun daripada program ziarah ukhwah Sahabat Alif ke Kemboja.

Program sehari sahabat Alif di Maahad Tarbiyah AL Ansari yang bertempat di Batu 6 1/2 Asahan, Bestari Jaya, Selangor adalah program motivasi untuk pelajar-pelajar Maahad tersebut. Secara ringkas tentang Maahad Al Ansari;
ditubuhkan pada 1985 oleh Almarhun Ustaz Zakaria Ismail AL Ansari. Maahad ini adalah antara salahsatu sekolah yang bergerak tanpa bantuan kerajaan. Berkat usaha gigih penggerak-penggerak sekolah, maka Maahad Al Ansari dapat bertahan sehingga sekarang.

Program ini dimulai dengan ceramah motivasi yang bertajuk "Insan Cemerlang" yang disampaikan oleh Pengerusi Alif Consultant Encik Mohamed Sabir Jamaludin . Kemudian ceramah motivasi diperkukuh dengan slot LDK sebaik sahaja berakhir ceramah . Di dalam LDK terdapat satu aktiviti di penghujung LDK yang mempunyai maksud yang penting kepada pelajar-pelajar iaitu Kapal Terbang Cita-Cita. Dimana setiap peserta dikehendaki membentuk sebuah kapal terbang kertas untuk bertanding bagi menduga sejauh mana kapal terbang dapat terbang . AKtiviti ini mempunyai mesej tersembunyi cukup untuk pelajar-pelajar. Dimana, setiap peserta diberikan kertas saiz yang sama. Namun , setelah kapal terbang itu berada di medan, jarak yang dicapai berbeza. Maka, begitulah pencapaian cita-cita setiap orang dalam perjalanan kehidupan ini.

Berikut adalah gambaran lensa kamera sepanjang program;


Penceramah berinteraksi dengan peserta




Peserta bersama Fasi dalam LDK




Persembahan Nasyid daripada pelajar




Sedikit Cenderamata daripada Alif Co. disampaikan oleh Abang Zul




Sumbangan Cek daripada Pengerusi Alif Co. kepada Pengetua Maahad



Sepanjang sehari berprogram di Maahad Tarbiyah Islamiah Al Ansari, kami merasakan mereka amat memerlukan sumbangan daripada pihak-pihak yang prihatin. Kami bagi pihak Alif Consultant amat berbesarhati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berhasrat untuk memberi sumbangan boleh memaklum kepada Alif Co atau terus kepada Maahad pada alamat seperti berikut;


No Telefon: 03-32896390








Wednesday, February 4, 2009

Motivasi Pelajar Mahaad Tarbiyah Al-Ansari

Alif Consultant akan menganjurkan motivasi pelajar di Mahaad Tarbiyyah Islamiah Al-Ansari pada 9hb Feb 2009.

Program ini merupakan sumbangan sosial oleh Alif Consultant kepada Maahad ini. Kami juga dimaklumkan terdapat sejumlah pelajar yang terdiri dari kalangan yatim, fakir, miskin dan sebagainya. Mudah-mudahan sumbangan yang kecil dari pihak kami akan dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar.

Harapan kami agar lebih ramai masyarakat menyumbang bagi program seperti ini. Kebetulan pula pengasas Mahaad ini Almarhum Ustaz Zakaria Al-Ansari pernah memberi sumbangan kepada kami sewaktu kami bergelar mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Jasa baik beliau mudah-mudahan diberi ganjaran yang besar di sisi Yang Maha Esa. Sekarang giliran kami meneruskan memberi sumbangan kepada generasi beliau pula .

Web Baru & Program Alif

Alhamdulillah tahun ini Alif Consultant menyusun pelbagai lagi aktiviti bagi memberikan sumbangan dan khidmat sosial kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Wajah baru laman web dan domain baru ini merupakan cetusan dan rekaan oleh sahabat Alif iaitu Zikrullah yang merupakan moderator web Alif. Sekalung tahniah untuk Zikr sebab dah tak ada apa yang boleh kami kalungkan.

Alif Consultant telah merangka pelbagai program pada tahun ini antaranya ialah

a) Motivasi pelajar
b) Bengkel Solat
c) Bengkel Kecemerlangan Insan
d) Pengurusan Organisasi
e) Pengurusan Masa
e) Rumah Tangga Bahagia
f) Menangani Konflik
g) Mengurus Stress
i) Anak Soleh
j) Ibu Bapa Cemerlang
k) Ziarah ukhwah umat Islam Vietnam dan Kemboja
j) dan pelbagai lagi

Program yang diatur ini merupakan sumbangan Alif Consultant atas rasa tanggungjawab dalam pembentukan insan. Kami amat mengalu-alukan masyarakat bersama-sama kami berganding bahu memikul amanah yang telah diberikan Allah dalam membentuk insan yang cemerlang dan keluarga bahagia.

Kami juga amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pihak seperti Ngo, Sekolah, Universiti,Persatuan-persatuan Penduduk, Surau, Masjid, Agensi Kerajaan & Swasta dan sebagainya untuk terlibat bersama kami dalam kerja-kerja sosial ini.

Mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan dari Allah.

Wassalam
.