Alhamdulillah dapat jua saya menyediakan masa bertemu dialam maya ini. Agak keterbatasan masa sejak mula menjadi student kembali di UKM. Mengejar impian yang telah lama terpendam menimba ilmu sebanyak mungkin memerlukan pengorbanan dan kekentalan. Ungkapan penat, sibuk, tiada cukup masa, banyak kerja dan seumpamanya tidak boleh menjadi wirid. Tiada jalan pintas untuk berjaya.......
Selain menjadi seorang suami kepada 3 orang cahayamata, bekerja sebagai seorang jurutera, menjadi seorang pendakwah, seorang perunding dan motivator....bukanlah suatu yang mudah. Namun terpaksa diteruskan kerana semuanya perlu dilakukan atas rasa syukur di atas segala nikmat yang telah Allah curahkan kepada hambaNya.
Hidup perlu diteruskan.........tugas perlu dilaksanakan.....tanggungjawab tidak boleh diabaikan....walau apa pun yang penting kita perlu lakukan dalam kualiti atau nilai yang tinggi. Kalau sekadar sambil lewa....penat sahajalah yang kita dapat. Berkat lagilah jauh.
Semalam terlibat dalam memberi sedikit motivasi dan suntikan semangat kepada mahasiswa universiti. Mahasiswa kini agak hilang panduan dan halatuju dalam pembelajaran mahu pun kepimpinan. Lebih menyedihkan lagi agak sukar mendapatkan tenaga yang mampu mengembalikan mahasiswa ke era yang lebih bernilai. Apa pun saya masih tidak jemu dengan mahasiswa walaupun ramai yang telah direkrut dahulu hilang entah ke mana.
Sukar memahami erti kesabaran melaikan telah diuji. Sukar memahami erti kesyukuran melainkan mengenal erti kepayahan orang lain. Sukar memahami erti kesenangan melainkan pernah melalui kesusahan. Sukar memahami erti kepenatan melainkan terlibat dalam perjuangan....






1 comments:
Qoute;
"Apa pun saya masih tidak jemu dengan mahasiswa walaupun ramai yang telah direkrut dahulu hilang entah ke mana."
Apa boleh buat dengan ujian kesenangan... Banyak sekali org gagal dikala diuji dengan kesenangan...
Sungguh melenakan di zon selesa... dibuai "sikap tak peduli" ... mungkin mereka belum mengerti maksud "ukhwah fillah" yang hanya sekadar pada suatu modul tarbiyah... Menjalankan suatu MOdul Tarbiyah dalam suatu program latihan hanyalah suatu 'PROSES'... jika kesannya tiada ... tinggallah iaitu suatu proses yg canggih tapi tak ada erti... MOga2 kita semua beroleh petunjuk dan sentiasa mujahadah & istiqamah
Post a Comment