Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Saturday, November 15, 2008

Doa Yang Maqbul




Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Al Baqarah 186).

Meneliti kepada firman Allah diatas menjelaskan hubungan manusia dengan Allah amat dekat disisiNya. Bahkan Allah berjanji akan memakbulkan permintaan hambaNya dengan syarat hambaNya melaksanakan segala perintah Allah dan sentiasa berada di jalan yang benar.

Lazimnya manusia akan menyalahkan taqdir bila doanya tidak dimakbul. Sedangkan manusia itu sendiri lupa terhadap apa yang telah dijelaskan oleh Allah bahawa manusia perlu melaksanankan perintah Allah sebagai syarat-syarat maqbul doanya.

Berada atas jalan kebenaran iaitu bersama dengan Islam sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Sentiasa peka dan mengambil tahu tentang perkembangan dunia Islam. Hhati yang terpaut dengan ketaqwaan merupakan ciri-ciri berada diatas landasan kebenaran. Selain it bersama dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran ialah antara tugas para pejuang kebenaran.

Oleh itu jangan mudah menunding jari dan menyalahkan taqdir selagi syarat-syarat doa yang termaqbul tidak dipenuhi.

Wednesday, November 12, 2008

Kembali Dalam Kekalutan




Alhamdulillah dapat jua saya menyediakan masa bertemu dialam maya ini. Agak keterbatasan masa sejak mula menjadi student kembali di UKM. Mengejar impian yang telah lama terpendam menimba ilmu sebanyak mungkin memerlukan pengorbanan dan kekentalan. Ungkapan penat, sibuk, tiada cukup masa, banyak kerja dan seumpamanya tidak boleh menjadi wirid. Tiada jalan pintas untuk berjaya.......

Selain menjadi seorang suami kepada 3 orang cahayamata, bekerja sebagai seorang jurutera, menjadi seorang pendakwah, seorang perunding dan motivator....bukanlah suatu yang mudah. Namun terpaksa diteruskan kerana semuanya perlu dilakukan atas rasa syukur di atas segala nikmat yang telah Allah curahkan kepada hambaNya.

Hidup perlu diteruskan.........tugas perlu dilaksanakan.....tanggungjawab tidak boleh diabaikan....walau apa pun yang penting kita perlu lakukan dalam kualiti atau nilai yang tinggi. Kalau sekadar sambil lewa....penat sahajalah yang kita dapat. Berkat lagilah jauh.

Semalam terlibat dalam memberi sedikit motivasi dan suntikan semangat kepada mahasiswa universiti. Mahasiswa kini agak hilang panduan dan halatuju dalam pembelajaran mahu pun kepimpinan. Lebih menyedihkan lagi agak sukar mendapatkan tenaga yang mampu mengembalikan mahasiswa ke era yang lebih bernilai. Apa pun saya masih tidak jemu dengan mahasiswa walaupun ramai yang telah direkrut dahulu hilang entah ke mana.


Sukar memahami erti kesabaran melaikan telah diuji. Sukar memahami erti kesyukuran melainkan mengenal erti kepayahan orang lain. Sukar memahami erti kesenangan melainkan pernah melalui kesusahan. Sukar memahami erti kepenatan melainkan terlibat dalam perjuangan....