Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Sunday, September 21, 2008

Sumbangan Kepada Keluarga Tahanan ISA



Sahabat Alif Sedang Membuat Persiapan

Alhamdulillah pada 20hb Sept 2008 hari Sabtu yang lepas Alif Consultant telah menjejaki beberapa keluarga mangsa tahanan ISA di sekitar Lembah Kelang untuk memberi sumbangan sempena dengan kedatangan Syawal. Bermula dari jam 8.30 pagi lagi rombongan sahabat Alif telah bertolak seramai 6 orang terdiri dari Mohd Sabir, Azizi Shukri, Asri, Hj.Zol serta isteri dan puteri beliau menuju dari satu rumah ke satu rumah menziarahi keluarga tahanan ISA ini.



Bergambar bersama Puan Atiqah (bertudung hitam)

Rumah pertama yang kami kami ziarahi ialah Puan Atikah (suaminya telah ditahan melebihi 5 tahun). Rumah yang di sewa dan bekerja sebagai guru tadika dengan pendapatan yang kecil malah berjauhan dengan suami tentu bukan mudah untuk dilalui. Kami sempat berbual bertanya khabar tentang kesulitan yang dilauinya selama suami ditahan di ISA. Untuk melawat suami yang berada di Kamunting sekerap yang mugkin pun memerlukan kos yang tinggi. Kata- kata semangat sahajalah yang kami mampu berikan disamping sedikit sumbangan kepada beliau.



Puan Chomel duduk (sebelah kanan)

Rumah seterusnya ialah di Bukit Ampang iaitu rumah Puan Chomel(suaminya telah ditahan hampir 7 tahun). Kami agak lama berbual dengan beliau. Ketabahan dan kecekalan hatinya membuat kami terpegun dengan pengalaman yang dilaluinya. Sedikit pun beliau tidak menunjukkan rasa lemah dan berputus asa. Tanggungjawab sebagai ibu dan suami terpaksa dipikul dengan mengharapkan kekuatan dari Ilahi.



Tiba di rumah Puan Fatma



Puan Fatma dan puterinya

Kami meneruskan perjalanan ke Hulu Langat untuk menemui Puan Fatma (suaminya baru sebulan dibebaskan tapi terus dihantar ke Jakarta). Pilu rasanya hati kami melihat rumah dan anak-anak beliau yang masih memerlukan perhatian dan bimbingan. Apa tah lagi kesedihan menyelubungi kami bila mengenangkan Puan Fatma baru sahaja kehilangan anak sulung beliau yang berumur 17 tahun pada bulan Julai yang lepas. Sekarang suami yang dibebaskan pula diusir dan tidak boleh kembali ke Malaysia lagi. Sukar rasanya memahami tindakan manusia yang tidak berhati perut. Kami juga diminta untuk membantu memberi kaunseling dan motivasi kepada anak-anak beliau. Kerisauan terhadap perkembangan anak-anak diluahkan oleh Puan Fatma dengan penuh harapan dan mengharap sokongan dan bantuan dari masyarakat. Mudah-mudahan Allah membantu golongan yang dizalimi ini.




Puan Norlaila aktivis GMI

Pada jam 3.30 petang kami tiba pula ke rumah Puan Norlaila (suaminya sudah ditahan hampir 7 tahun). Seorang aktivis penting dalam GMI yang tidak pernah berputus asa dan komited dengan usaha membebaskan tahanan ISA. Bukan hanya suaminya sahaja yang diperjuangkan bahkan menuntut ISA dimansuhkan. Kegembiraan terpancar diwajahnya bila melihat keprihatinan kami menziarahi dan sudi mendengar pengalaman tahanan ISA. Harapan agar masyarakat mengetahui kesan ISA dan risiko boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja menjadi perbualan kami. Beliau juga berharap agar masyarakat dapat sama-sama bekerja keras dalam memastkan ISA di Mansuhkan.




Di rumah Puan Juraina


Lepas Solat Asar kami singgah pula di rumah Puan Juraina (suaminya hampi 6 tahun di tahan). Dianugerah Ilahi 3 cahaya mata dua darinya lelaki. Anak-anaknya mungkin tidak faham tujuan kedatangan kami tetapi tetap menyambut dengan senyuman. Bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta adalah punca pendapatan beliau. Kami menghabiskan masa dalam 15 minit bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Beliau mengharapkan dapat beraya bersama suami pada tahun ini. Perkenakanlah Ya Allah doanya.

Rombongan kami seterusnya perlu ke De Palma Hotel kerana menerima jemputan dari Ahli Parlimen Titiwangsa YB. Dr. Lo'Lo Bt.Dato Ghazali dalam satu program sumbangan untuk fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan Keluarga Tahanan ISA. Sekali lagi kami bertemu dengan puan Atikah, Puan Norlaila dan Puan Juraina di majlis ini.




Puan Siti Norma (sebelah kanan)

Keesokan harinya kami telah mengunjungi Puan Siti Norma (suaminya baru sebulan dibebaskan dan terus dihantar ke Jakarta). Kami terpaksa bertemu dengan beliau pada sebelah malam kerana beliau tidak ada di rumah pada siangnya. Menjadi guru adalah punca pendapatan beliau untuk membesarkan seorang anaknya. Beliau sdang berusaha memohon agar suaminya dibenarkan masuk semula ke Malaysia.

Kunjungan kami telah memberi banyak pengalaman tentang kehidupan keluarga mangsa tahanan ISA. Kami hanya mampu mendengar dan bersimpati sahaja, untuk memahami dengan mendalam pasti tidak mungkin. Hanya yang melaluinya sahaja yang mampu memahaminya. Walau apa pun kami berdoa dan mengharapkan agar kesemuanya akan dibebaskan secepat mungkin.

Sahabat Alif yang lain telah berkunjung juga ke Kelang, N. Sembilan dan Johor untuk menyampaikan sumbang dari Alif Consultant. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.
Wassalam.

Thursday, September 4, 2008

Bahtera Ramadan

Alhamdulillah kita sudah berada dalam Bahtera Ramadan. Pelayaran ini mengambil masa sekitar 29 ke 30 hari. Pelayaran ini pasti mencabar tetapi lanun-lanun telah dikawal agar tidak menganggu pelayaran ini. Biasanya dalam pelayaran selain bulan ini gangguan dari lanun-lanun amat ketara sekali. Tapi Bahtera Ramadan kali ini lebih kukuh dan kepastian untuk mendapat hasil yang lumayan dari Bahtera Ramadan ini memang sudah dijangkakan. Hasilnya pasti tidak mengewakan .

Bahtera Ramadan sudah berada di lautan nikmat dan berkat masuk hari kelima hari ini. Wajah-wajah ceria dan semangat jelas terpancar di wajah anak-anak kapal. Walaupun sesekali nampak kepenatan di wajah mereka namun kesungguhan untuk mengutip hasil dari pelayaran ini menjadi keutamaan.

Pengalaman dari pelayaran Bahtera Ramadan tahun-tahun lepas menjadikan semangat untuk anak-anak kapal mengutip dan membawa hasil yang lebih. Kesilapan dan kealpaan dikurangkan. Setiap detik waktu diperhatikan agar ianya tidak berlalu begitu sahaja. Tidak kira siang mahupun malam anak-anak kapal sentiasa merebut peluang bersama pelayaran ini.

Ah... aku melihat ramai juga yang terleka dalam Bahtera Ramadan. Ada juga yang menghabiskan masa dengan aktiviti yang tak mendatangkan hasil. Di kiri kanan aku perhatikan ada yang leka dan tidur. Rungsing aku dibuatnya.....Adakah mereka tak tahu pelayaran ini tidak lama dan masa sedang berlalu.

Alangkah ruginya mereka ni.....belum pasti Bahtera Ramadan ini akan dapat dinaiki oleh mereka lagi pada tahun depan. Lagipun kalau mereka sempat menaiki Bahtera Ramadan di tahun depan belum pasti mereka betul-betul sihat dan bersedia dari sudut fizikal dan mental untuk menghadapinya.

Aku beharap sangat agar Bahtera Ramadan ini mampu membawa kami semua mencapai destinasi Takwa dan belabuh di pelabuhan Kejayaan .