Pada 1-hb Ogos 2009 rombangan Alif telah mengunjungi Phnom Penh, Kemboja bagi menyerahkan sumbangan pembinaan sebuah sekolah di kampung Beang Oumlung. Pihak Alif telah mendapat sumbangan dari orang ramai dan telah menyerahkan sumbangan tersebut bagi membantu membina sebuah sekolah yang kecil. Rombongan kali ini terdiri dari Azizi, Amin, Ustaz Sabri Mat dan saya sendiri .
Kedatangan kami telah disambut oleh wakil Alif di Kemboja saudara Asyaari Ayob. Lawatan kali ini agak padat aktivitinya memandangkan masa sehari suntuk kami manfaatkan dengan beberapa pertemuan dengan Ahli Parlimen Islam, Mufti Kemboja serta menziarahi pelajar-pelajar Islam di Pusat Islam.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan mudah-mudahan Allah akan memberkati anda semua dan dimurahkan rezeki. Insya Allah.









