Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Thursday, May 22, 2008

Salam Mahabbah & Selamat Datang

Ahli Delegasi Negara 70an bersama Dr Sos Mousine (Ministry of Rural Developement Cambodia)

Assalamualaikum... Laman webblog ini merupakan suatu saluran penghubung diantaran Alif Consultant bersama pengunjung semua. Kami mengalu-ngalukan perhatian dan sokongan anda terhadap kami.
Bagi mengetahui latarbelakang Alif Consultant anda boleh ke link "Home" , untuk melihat koleksi gambar aktiviti AC group anda boleh ke link "Photos" dan begitu juga bagi tujuan lain.
Kami mengalu-ngalukan sebarang komen, samaada melalui 'shout box' pada kanan paparan ini atau emelkan terus kepada alifconsultant.admin@gmail.com
Sekian Selamat Maju Jaya