Qurban di Kemboja

Klik pada gambar bagi mendapatkan borang penyertaan.

Anda Berhak Cemerlang

Program yang khusus dianjurkan untuk persediaan dan halatuju pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Program ini boleh dianjurkan di sekolah. Kadar bayaran tidak ditetapkan oleh pihak Alif Consultant. Jangan lepaskan peluang untuk bersama Trainer kami yang bertauliah dan terlatih. Insya Allah kita dapat manfaat bersama.

Apa Erti Saya Menganut Agama Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam sebuah buku yang dikarang oleh Almarhum Dr. Fathi Yakan. Buku yang telah di terjemah dalam pelbagai bahasa di dunia. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke Universiti buku ini telah di perkenalkan untuk bacaan dalam kumpulan usrah. Buku ini mudah untuk di fahami sekiranya pembacanya benar-benar menghayati setiap perkataan yang ditulis dengan limpahan kasih dan sayang oleh seorang pejuang Islam demi memantapkan aqidah dan perjuangan.

BINA ORGANISASI ANDA

Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai kakitangan yang bekerja dalam kumpulan. Ukuran kejayaan dalam setiap organisasi dinilai pada sejauh mana individu dalam organisasi berperanan dalam kumpulan. Pentingnya kerjasama dalam membina keutuhan organisasi adalah penglibatan individu yang komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kolektif.

Mahasiswa Penggerak Perubahan Negara

Mahasiswa penggerak perubahan negara. Bermula dari bulan ini hingga September kita akan melihat generasi baru menjejak kaki ke menara gading. Setelah melalui zaman persekolahan akhirnya mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mula mendaftar ke institusi pengajian tinggi.

Tuesday, August 5, 2014

KURSUS TASSAWUR ISLAM BERSAMA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN


Kefahaman Islam yang asas akan membentuk pemikiran & pembinaan jati diri muslim. Muslim yang memahami asas Islam mudah mengatur kehidupan berpandu jalan yang diredhai Allah.





Kursus selama 3 hari 2 malam bersama kakitangan Kem. Belia & Sukan ini merangkumi aktiviti indoor dan outdoor. Penglibatan aktif peserta telah memeriahkan dalam sessi perkongsian pengalaman.




Gambar lebih wajar berbicara. 



Monday, June 18, 2012

SEBAHAGIAN DARI KHIDMAT KAMI BERSAMA










Thursday, December 31, 2009

Warna Warni 2009 dan Cabaran 2010

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya. Moga-moga tahun 2010 Alif mampu bergerak lebih kehadapan. Konsep ilmu sebagai tunggak Alif akan terus menjadi wadah dan dakwah. Bukan sehaja kepada masyarakat diluar sana bahkan saya menyeru kepada semua sahabat Alif menjadikan tahun 2010 sebagai jambatan Ilmu dan kejayaan kita bersama. Kita sebagai penyeru kebaikan perlu tingkatkan ilmu dalam pelbagai lapangan.

Berani menghadapi cabaran bermakna berani untuk berubah. Perubahan yang sebenar ialah perubahan dalam diri kita sendiri. Kembali kepada matlamat dan tujuan hidup. Tahu hala tuju serta merancang perubahan. Perubahan kepada yang baik tidak datang dengan sendiri ianya memerlukan kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman tidak akan menyelinap dengan sendiri ianya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan hanya wujud dalam jiwa yangg ikhlas. Keikhlas akan lahir bila kita kenal siapa kita dan siapa Pencipta.

Alhamdulillah sepanjang tahun 2009 lalu inilah yang sempat Alif warnakan. Jom lihat bersama kenangan ini.

Motivasi Mahaad Al Ansari


Ceramah Maulidur Rasul SMK Tmn Miharja


Ceramah Maulir Rasul SMK
Bandar Tun Hussein Onn





Ceramah Maulidur Rasul
SK Dato' Abd. Manaf Sepang


Motivasi Remaja Masjid Kota Damansara


Temubual bersama RISEAP
Tn. Hj Syafiq Abdullah


Motivasi Remaja Masjid Al Azim
Pandan Indah


Kuliah Maghrib Kem Maahad Al Ansar


Motivasi Remaja SRA Subang Jaya


Team Building Mahasiswa Mekah,
Madinah & Riyad


Misi Kemanusiaan Vietnam


Sumbangan Pembinaan Sekolah Kemboja


Ceramah Eidul Fitri bersama Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia


Ziarah Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong


Ziarah Umat Islam Kemboja


Ziarah Umat Islam Vietnam II


Sumbangan Rumah Orang Tua Al-Ikhlas II

Wednesday, December 23, 2009

Lawatan ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas


Rombongan Sahabat Alif sempat mengunjungi Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas bagi kali kedua baru-baru ini. Rombongan Sahabat Alif kali ini agak ramai yang dapat hadir dan meluangkan masa bersama warga emas yang tinggal disini.

Setibanya kami ke rumah jagaan warga emas, kami telah disambut dengan senyuman dan penuh kemesraan. Kami telah dimaklumkan tiga orang warga emas telah meninggal dunia baru-baru ini. Mereka adalah yang sempat kami ziarahi pada lawatan kami yang pertama di bulan Syawal 2009.

Puan Muji Sulaiman

Puan Muji menceritakan beliau akan menggantikan katil yang kosong dengan penghuni yang baru. Penghuni tersebut adalah yang terlantar di hospital Serdang dan tiada saudara mara. Begitulah keikhlasan yang jelas terpancar diwajah Pn. Muji bila menceritakan beliau mampu menjaga seramai 22 orang warga emas.

Lebih terpegunnya kami ialah Pn. Muji adalah pesakit barah peringkat keempat dan masih menerima rawatan di hospital. Beliau sedang bercuti selama hampir 3 tahun bagi merawat penyakit barah yang dihadapinya. Beliau juga merupakan seorang jururawat di hospital kerajaan.

Aduh, rasa malu rasanya kita yang sihat pun tidak mampu untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sedemikian.

Bersama salah seorang warga emas

Kami sempat juga beramah mesra dengan penghuni disini dan anak-anak kami juga tidak terlepas peluang dengan pelbagai aksi yang mampu menceriakan dalam lawatan ini. Sedikit sebanyak kami harap mereka terhibur dengan telatah anak-anak kami. Walaupun kami tidak mampu menyelami perasaan mereka namun wajah kesayuan jelas kelihatan diwajah mereka.

Anak saya bersalaman dengan warga emas usianya 90 tahun

Sedikit sumbangan tanda pengorbanan

Kenangan untuk diabadikan

Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesihatan yang sihat kepada Pn. Muji dan keluarganya untuk membantu warga emas yang ditinggalkan ini. Amin